Saturday, December 11, 2010

Tender MINDEF 2 Billion: sasaran dikenal pasti

Semalam kawan ada melaporkan akan DS ANwar ada mendedahkan akan seorang ahli UMNO biasa bahagian Bukit Gantang yang mendapat tender Kementerian Pertahanan Malaysia ( MINDEF ) senilai RM 2 Billion. Pendedahan beliau di buat melalui SelangorTV dan di petik oleh MalaysiaKini.

Kawan ada merisik-risik siapakah gerangan individu terbabit di kedai-kedai kopi mamak. Hasilnya kawan dapat la seseorang tertuduh. ' Individu' ini orang terkenal, tidak memegang jawatan dalam Bahagian Bukit Gantang, bukan seorang YB. Kalau diberi pembayang dah tentu satu Perak akan tahu.

Penulis tidak mahu mendedahkan nama beliau di blog ini. Bukan apa, kalau betul tak apa, kalau salah jadi fitnah. Kena pulak saman, terlanjang la kawan nak menyetel kannya.

Penulis menyeru akan DS Anwar melaporkan perkara ini kepada SPRM. kalau betul bukti dan saksinya,nak takut apa ye tak? jangan berkokok di luar gelanggang ceramah sahaja, kemudian diam tak menguit( bahasa orang perak)

2 comments:

  1. dato' syed abu hussin syed abu faisal...x-timbalan bhg bkt gantang.., PLKN, Tender Makanan Sabah & Sarawak.

    Dgr kata, tender PLKN dia dah jual ke Taiping Super for XX Million.....

    ReplyDelete
  2. nama yang tuan beritahu pada kawan ini berlainan dengan sumber yg kawan terima. tak tau yang mana satu yg betul. kawan sedang menunggu akan DS anwar melaporkan pada sprm untuk kita sama2 tahu siapa 'si polan' yang sebenar.

    Super Moto sebenarnya ada kaitan kroni dan kekeluargaan dengan seorang ahli politik bekas adun yg kawan rasa tuan pun tahu kut.

    ReplyDelete