Friday, December 24, 2010

Harunsanni VS Juanda Jaya

Mufti Perak, Tan Sri Datuk Harunsanni Zakaria menegaskan, keputusan majlis fatwa kebangsaan menolak permohonan peguam syarie bukan islam mengendalikan kes syariah di negara ini adalah kekal. Perkara ini adalah bertentangan dengan kenyataan Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya yang mengatakan sebahagian jawatan kuasa majlis menyokong manakala sebahagian lagi mahukan perkara itu diperhalusi. Bagaimanapun Harunssani mengakui keputusan berkenaan BUKAN dengan sebulat suara. Akan tetapi ahli ulama dan mufti yang menganggotai badan itu menyokong usul melarang peguam bukan islam mengendalikan perundangan syariah negara.



Kalau kita fikirkan,bagaimana orang bukan islam mahu mengendalikan kes-kes yang melibatkan mahkamah syariah. Kawan memandang dari segi keuntungan dan maksud tersirat di sebalik peguam kafir terlibat dalam perundangan mahkamah syariah.



1. kes-kes melibatkan anak individu yang memeluk islam manakala pasangannya kekal dengan agama asal. Seringkali kita baca di akhbar, kanak-kanak yang di bawah umur akan mengikut pasangan yang memeluk islam.



2. Perebutan mayat individu yang merahsiakan pengislaman dari keluarga dan rakan.



3. Perebutan harta pusaka antara individu islam ( mualaf ) dengan keluarga ( kafir ).



4. Permohonan keluar islam yang diperintah oleh mahkamah supaya bertaubat dan kembali ke ajaran islam.



5. Permohonan kahwin dengan bukan islam tanpa menukar agama.( kebanyakannya melibatkan warga Sabah dan Sarawak ).



Boleh jadi kaya peguam kafir tadi. Kawan percaya dalam setahun saja, peguam tadi bleh jadi jutawan dan tak menang tangan nak kendali kes. Kita selalu lihat yang pihak yang beragama islam akan menang menetang yang bukan islam jika perbicaraan di mahkamah syariah.

Inilah cara si kafir memasuki cara hidup islam dengan cara yang halus dengan cara menyertai peraturan hidup orang islam untuk merosakkan islam.

kata Harunsani"Ingin saya tegaskan, macam mana orang bukan Islam hendak berhujah (sebagai peguam) sedangan mereka sendiri tidak tahu dan memahami nas al-Quran secara mendalam dan sebelum ini pernah ada masalah berlaku.

"Perkara ini (peguam syarie bukan Islam) tidak perlu dihujahkan. Apabila seseorang itu berhujah (menentangnya) seperti beliau tidak percaya pada Al-Quran," katanya.

No comments:

Post a Comment