Saturday, December 25, 2010

Selepas anak, PAS lahirkan pula bapa untuk lawan kerajaan

PAS pada hari ini melancarkan Barisan Pembela Peneroka FELCRA ( BAPA ) yang turut menyamai agenda yang sama dengan dengan ANAK. Heronya masih sama iaitu Mazlan Aliman, bakal Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Tanah Rancangan, Kerajaan PR.

Pas yang merasakan golongan peneroka adalah komuniti terbesar melayu sedang cuba meraih populariti undi. Felcra mempunyai banyak gugusan di Perak. Maka tidak hairanlah negeri ini menjadi tapak Bapa memulakan langkah.

Niat deme ni kalau kita tengok mula-mula baik..nak membela masyarakat peneroka,nak menambah baik pentadbiran, menghalang penyelewengan. Tapi, Pas ini bukan bodoh. Ibarat suami menghulur duit berganda-ganda kepada isteri berlainan dengan bulan-bulan sebelum, pasti ada kemahuannya..contohnya nak kawin lagi 1. contoh je lah.

Pas menghasut supaya golongan peneroka Felcra ini berdemotrasi di jalan-jalan nak menuntut itu ini benda yang tak munasabah. Peneroka felcra ini pada sebelum menjadi ahli FELCRA ialah tiada apa-apa..,miskin,habuk pun tak dak. Di Kutip oleh kerajaan, di beri tanah 4-5 ekar seorang dan di tanam getah. Kemudian getah di ganti sawit. Cukup tempoh pajakan, peneroka berkenaan akan di beri pilihan sama ada untuk mengusahakan sendiri ( di beri geran hak milik ) atau meneruskan pajakan lagi. Tiap-tiap bulan, peneroka makan dividen.

Ada peneroka yang gelap mata bila di tawarkan ratusan ribu ringgit oleh doktor bedah, pegawai kerajaan, peguam yang teringgin membeli tanah mereka dan mereka jualkan, Alangkah bodoh mereka ini!

Kawan mencadankan agar golongan ini di pandang serius oleh FELCRA. Golongan ini biasanya akan senyap sunyi bila ada mesyuarat agung malah ada yang tak hadir. Mengapa berbunyi di belakang, sedangkan anda ada peluang untuk menegur FELCRA. Mereka ini golongan tidak bersyukur dan sebenarnya pengecut.

No comments:

Post a Comment