Close

Monday, December 20, 2010

Wayang Guan Eng tiru Kuan Yew & Estrada







Blog berhaluan pembangkang begitu seronok memainkan gambar Guan Eng makan bersama rakyat dalam polistrin.Pemimpin Mesra Rakyat..Pemimpin Omar Al Aziz..Pemimpin berjiwa rakyat..Pemimpin Pakatan Rakyat jadi contoh..begitulah lebih kurang tajuk2 blog mereka..

Sebenarnya budaya makan bersama rakyat ataupun turun bertemu rakyat ataupun berlakun bersama rakyat adalah lumrah bagi ahli politik untuk meraih populariti. Dengan mengunakan media massa dan elektronik..Konco-konco meraka ( terdiri Bloger PASti dengan PKuRap) ini akan menyebarkan propaganda untuk menaikkan sanjungan terhadap bos mereka..

Kuan Yew dulupun sewaktu menubuhkan Singapura sanggup bersongkok masuk ke kampung-kampung melayu yang rata-ratanya nelayan yang kotor dan jijik..tetapi demi untuk meraih sokongan melayu,beliau sanggup meredah lopak untuk tujuan itu.Beliau seterusnya melantik presiden Singapura yang pertama dari bangsa melayu untuk memancing melayu di sana. Setelah sasaran dicapai,presiden diganti dengan orang cina,manakala sekarang ini presidennya masakini adalah seorang INdia. Kampung nelayan yang beliau lawat tadi sudah menjadi hutan batu manakala rata-rata penduduk kampung berkenaan sudah lari ke Johor.

Josepf Estrada, Presiden Filipina yang ke 13 (1998-2001)yang juga bekas pelakun filem Filipina juga makan bersuap sewaktu turun bertemu rakyat.Estrada yang berhasrat membantu golongan miskin dan merempat di Filipina pada mulanya berkobar-kobar tetapi gelap mata bila tengok duit dengan kuasa. Beliau dipecat dari kerusi presiden berikutan skandal rasuah dan penyelewengan kuasa dan wang kerajaan bernilai berbilion dollar US.

kawan tak heran kalau najib sanggup bersila di jalan tar tengok bola Malaysia lwn Vietnam kerana itu sudah kerja dia..tak payah la kita nak memuji melambung lebih-lebih. Rakyat dah jemu dengan taktik ghope itu..tukor la cara lain.DAP perak akan letak calun melayu untuk jadi mB perak megikut jejak langkah Kuan Yew.. Buat Nizar, berbahagia la dengan lilin kome..:)


p/s..mula-mula suap,lepas tu terajang..

No comments:

Post a Comment