Tuesday, December 7, 2010

Piala AFF Suzuki:Laos menang kan Malaysia?



Tinggalkan sekejap hal politik,kawan menonton aksi perlawanan ke 3 kumpulan A melibatkan Malaysia menentang Laos ( LIVE tv1) serentak dengan Indonesia menentang Thailand ( LIVE STARsports chnl 183 ). Seperti yang semua ketahui Malaysia menang 5-1.

Selepas Laos menyamakan kedudukan 1-1 setelah Amri meletakkan Msia di hadapan seawal minit ke 3, Laos mengandakan usaha mereka sehingga hampir keseluruhan Msia terpaksa berkampung di kawasan sendiri. Beberapa gerakan mereka dari 'flanker' sangat merbahaya dan kawasan tengah di kuasai mereka. Bagaimanapun sejurus sebelum rehat, Amri kembali meledak gol. Penguasaan separuh masa pertama kawan rasakan Laos menguasai bola 60-40.

Bagaimanapun selepas minit yang ke 60,tiba-tiba pemain-pemain Laos menjadi bodoh sehingga pertahan tengahnya iaitu ketua pasukan menyepak bola kearah Amirul Zainal dan terhasil lah gol yang ketiga. Selang beberapa minit kemudian, Idlan tahala menjaringkan gol ke 4 dengan cara ynag sama..Aik..kawan tengok semacam..Pemain Laos banyak pula yng krem di tengah padang, taktik yang biasa di amalkan oleh pasukan yang sedang mendahului untuk melengahkan permainan.

Di akhir-akhir minit, pertahanan Laos menjaringkan gol sendiri..Aik..tanpa tekanan dari pemain Malaysia pemain Laos menyepak seolah-olah dengan sengaja ke arah gol sendiri..

Walau bagaimanapun terima kasih kepada Indonesia yang cemerlang mengatasi Thailand sehingga membuka lorong Malaysia ke separuh akhir. Ini adalah kali pertama Thailand terkandas di peringkat kumpulan sejak Kejohanan ini diperkenalkan ( dahulu dikenali sebagai ASEAN Tiger Cup )

Pada kawan, Indonesia jauh meninggalkan Malaysia dari segi level. Mereka seolah-olah berada pada tahap Jepun dan Korea, bahkan negara kuasa asia tersebut juga mungkin 'dipukul' oleh Indonesia. dari segi kualiti hantaran dan kawalan bola ternyata jauh lebih hebat dari pasukan lain termasuklah Thailand, Vietnam dan Singapura.

Malaysia patut belajar dari Indonesia. Bukan nak memperlekehkan negara sendiri tetapi bongkok lah sedikit badan kita untuk menimba ilmu..Jangan bodoh sombong. Buat FAM, tontonlah semua perlawanan dalam pertandingan ini, adakah anda berpuas hati? Adakah anda rasa pasukan Malaysia cukup kuat untuk mengharungi pentas separuh akhir nanti?

Cuba perhatikan pasukan Filipina yang begitu hebat peningkatan mereka sehingga Vietnam pun mereka mampu tewaskan di gelanggang lawan dihadapan puluhan ribu penyokong Vietnam..Hebatkan...

No comments:

Post a Comment