Close

Tuesday, December 14, 2010

Felda: kalau dah tak suka, serah pada orang lain la


Salahudin Ayub hari ini meminta satu Suruhanjaya Di Raja di tubuhkan untuk menyiasat penyelewengan FELDA sehingga mengalami kerugian.
Salahudin juga mencabar Najib supaya mendedahkan jumlah keuntungan sebenar Felda.

Memang ramai peneroka Felda yang menyertai pembangkang menuntut isu yang bukan-bukan dan berdemotrasi jalanan. Tiada siapa pun pernah memaksa mereka memasuki hutan banat untuk menjadi peneroka dulu. Bahkan mereka ini kehulu ke hilir mencari sokongan orang berpengaruh supaya diberi peluang menyertai Felda.

Arwah bapa kawan pernah memohon menyertai Felda tetapi tidak dapat, walaupun kami bukan orang yang senang dan berada di bawah aras kemiskinan. Zaman telah berubah seiring kemajuan Felda..getah diganti sawit..rumah papan berkotak berganti rumah batu. Ramai yang duduk di rumah goyang kaki kerana ladang di uruskan oleh mat indon.

Apa lagi mahu peneroka Felda mahu . Sekolah, IPT, bahkan MRSM pun ada untuk anak Felda. Dah ramai yang berjaya pun.

Kawan pernah bertanya pada seorang peneroka yang 'pio'( kuat ) pembangkang di Jengka, lama dahulu.." pak cik kuat menentang Mahathir (PM masa itu), maknanya pakcik tak setuju la dengan Felda ni" dia kata betul! "kau nak tau LKTP tu maksud apa", tanya dia pada kawan, kawan jawab Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan. Di balas bukan" LKTP tu bermaksud Lembaga Kemajuan Tipu Peneroka".

Kemudian kawan saja sindir dia." dah pak cik ni kuat nentang kerajaan, pakcik bagilah bahagian tanah dengan rumah felda pakcik kat saya" terkejut dia, dia cakap" apsal pulak.rumah ni hak pak cik, tanah tu rezeki pak cik..tak kan nak bagi kat cina kut..pak cik yang meneroka tanah dulu"

Mana-mana peneroka yang kuat menentang Felda dan kerajaan ( ada yang jadi AJK penentang ), eloklah serahkan hak tuan-tuan tu pada yang lebih tahu bersyukur. Kawan pun kalau ada yang offer, sanggup berhenti kerja untuk masuk Felda.

No comments:

Post a Comment