Close

Tuesday, December 21, 2010

Di sebalik kisah Ustaz Zakaria Ahmad saman kes doa Guan Eng


Ekoran mengalami tekanan dan fitnah yang berleluasa ekoran penyiaran berita doa khutbah Jumaat yang didakwa menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Utusan Melayu, NST dan Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan, Shabudin Yahaya disaman oleh Ustaz Zakaria Ahmad. Dalam kenyataannya kepada media di sini malam tadi, beliau berkata saman itu adalah bagi mempertahankan kebenaran yang dibawa oleh beliau sebagai seorang tokoh agama daripada terus diperlekehkan oleh mereka yang mempunyai motif tertentu dalam membesarkan isu yang tidak benar lagi batil itu.

"Saman ini adalah bagi mengingatkan mereka yang jauh tersasar supaya tidak dengan sewenang-wenangnya mengunakan platform agama untuk mencari pengaruh.

"Saya bercakap atas dasar agama Islam yang sebenarnya. Mereka telah memfitnah saya melalui akhbar sehingga memberi satu impak yang negatif terhadap kepercayaan, kewibawaan dan reputasi masyarakat terhadap saya," tegasnya lagi


Ustaz ni sebenarnya orang tempat kawan. Adiknya Ustaz Idris Ahmad adalah orang kuat Pas kawasan Changkat Jering dan sekarang menjawat post AJK PAS pusat. Ustaz ni dulu tak glamer mana pun,tapi selepas inseden bacaan doa kesejahteraan ke atas Lim Guan Eng bukan kepada YDP Agung barulah namanya meletup.

Menurut orang-orang lama yang tinggal di Changkat Jering, jangan la si Ustaz ni nak nunjuk pandai depan deme..diaorang tanya kawan, masa ustaz ni nak pegi Al-Azhar dulu, sapa yang tolong dia?..kawan cakap tak tau..orang tua tu cakap,yang tolong ustaz ni ke Mesir dulu ialah Allahyarham Datuk Razlan Hamid, ADUN BN Changkat Jering yang juga Exco Agama negeri Perak masa itu. jenuh merayu merata-rata mintak bantuan, last sekali Arwak Paksu Lan ( panggilan mesra untuk arwah Datuk Razlan ) jugakle yang menolong mencari biasiswa kerajaan negeri Perak. Sambung orang tu tu lagi, tak pass pun ustaz ni kat Mesir sana. Ada ke orang PAS tolong dia masa tu?

Begitulah orang-orang belah sana nu..pung pang pung pang menghentam kerajaan pastu mintak bantuan kerajaan jugak. Ada rakan kawan yang begitu 'pio'( kuat ) PAS ni, ke hulu ke hilior mencari ADUN BN ( Adun PR bagi juga tapi sikit ) minta bantuan kewangan bila anak dia dapat sambung belajor ke Eropah..mintak ke Datuk Rosli ( Adun Terong ), datuk Zahir ( Adun Kamunting ) Osman Jailu ( Adun Changkat jering sekarang ), dapat la dekat-dekat rm10 ribu, tapi kat kedai kopi berkilo-kilo ngutuk deme-deme yang tolong dia ni..Hai..apala nak jadi..tak malu ker..

*Allahyarham Datuk Razlan yang kawan paling kenang meninggal dunia pada tahun 1997. SEmoga Allah menempatkan beliau di kalangan orang2 yang beriman..Amin

No comments:

Post a Comment