Close

Friday, December 31, 2010

seksi masa senamrobik di perkarangan masjid-Nik Aziz memang tak faham apa-apa pun!

"Adalah tidak salah dalam Islam pihak tertentu mengadakan kegiatan dalam rumah ibadah orang Islam, kerana zaman Nabi Muhammad s.a.w dahulupun, ada orang kafir masuk (kawasan) masjid kerana ia menjadi pusat segala kegiatan termasuk politik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di Kota Bharu hari ini.

"soal berpakaian menutup aurat atau tidak adalah perkara kedua yang perlu diperbetulkan"

Semua orang dah agak akan maklumbalas tok guru dalam isu ini. Beliau akan seboleh-bolehnya mempertahankan siapa pun politician kafir yang masuk masjid. Teo Ning Ching ni bukan kali pertama masuk masjid. Dulu dengan tak pakai tudung selambe jer berucap depan mimbar. Turut bersekongkol dengan kafir ni sudah pastinya pengerusi dan AJK masjid berkenaan.

Asal pergi ngadap tok guru jer boleh settle masalah. Teresa Kok dalam masjid negara tak de pulak di sentuh beliau. Mungkin beliau akan kata yang nak berdemo pun boleh kat masjid tak kisah la kalau kafir pun yang jadi tali perutnya.

Selamat Tahun Baru 2011

No comments:

Post a Comment