Monday, December 6, 2010

Istana Bali:Khir patut letak jawatan

Datuk Seri Mohd Khir Toyo telah ditahan oleh SPRM dan dihadapkan ke mahkamah hari ini berikutan skandal pembelian tanah dan pembinaan 'istana konsep bali' yg mengemparkan negara pada tahun 2008.

Pada kawan, wajar Khir melepaskan jawatan selaku ADUN Sungai Panjang, Selangor sekali gus jawatan Ketua Pembangkang DUN Selangor. Ini adalah untuk kebaikan BN dan selaras dengan janji-janji PM Najib yang berikrar membanteras rasuah dan penyelewengan kuasa hingga ke akar umbi. Dr Khir bolehlah menumpukan sepenuh perhatian beliau akan prosiding mahkamah kelak.

Walaupun perbelanjaan untuk diadakan pilihanraya kecil agak tinggi tambah-tambah melibatkan kawasan panas namun perkara sedemikian tidak dapat di elakkan.

Bersalah atau tidak Datuk Seri biarlah mahkamah yang tentukan. Bersama kuasa ALLAH SWT, kebenaran akan berpihak kepada sesiapa yang benar.

No comments:

Post a Comment