Monday, April 18, 2011

Rakyat Perak tak sambut Hari Keputeraan Sultan Perak

Kawan mengucapkan selamat menyambut hari Keputeraan buat DYMM Baginda Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.


Kawan selaku rakyat negeri Perak menjunjung kasih dan berdoa agar pemerintahan tuanku dilimpahi kemakmuran dan kestabilan hendaknya.

Malam tadi, kawan seisi rumah mengunjungi pekan Kuala Kangsar. Meriahnya keadaan di sana dengan pertunjukan bunga api, Pertandingan lampu punjut dan pertandingan bot berhias. Seronok rasanya melihat akan hamba rakyat turut sama memriahkan sambutan ulang tahun tuanku.

Namun begitu, hanya Kuala Kangsar yang menyambut Hari Keputeraan Baginda, sedangkan di Taiping, tiada suasana langsung. Boleh dikira mungkin tak sampai sepuluh premis yang mengantung bendera negeri. Seolah-olah, Taiping bukan berada dalam jajahan negeri Perak. Malah premis KERAJAAN pun haram tak nak mengantungnya. Eiii...apa sudah jadi dengan orang Perak ni. Bandar- bandar yang lain, kawan tak tahu.

Suasana ini tidak berlaku di tahun 90'an, semua kedai di bandar paham-paham sendiri mengantung bendera di luar premis. DI tengah bandar, maaf cakap le ye, cuma pejabat UMNO bahagian Taiping jer yang mengantung bendera. Pejabat DAP, hanya nampak bendera DAP jer.

Mujur sekolah-sekolah ada gantung bendera.

Ini bukan fitnah tapi kenyataan..kalau tak percaya, esok kawan upload gambar kat deme-deme.

Majlis Pebandaran Taiping..apa ni, tidur ka???

1 comment:

  1. Gembira saya dapat terjumpa rakan negeri Perak di internet. Ya betul, patutnya kerajaan negeri patut ambil usaha untuk memeriahkan sambutan keputeraan tuanku, harus ambil inisiatif untuk mendekatkan raja dengan rakyat.

    ReplyDelete