Tuesday, April 19, 2011
Patut lah PKR tewas di Sarawak ......rupa-rupanya...
Calon PKR Zulhaidah ( duduk di depan dan bertudung ) yang betanding di kawasan Lambir..Tengok tu tengah pegang lilin..Nak menang punya pasal, kira halal lah..
Awal bulan March 2010, masa tu Fuziah Salleh masih lagi menjadi Pengarah Pilihanraya PKR, aku diminta untuk membantu PKR Sarawak membuat persediaan menghadapi PRN Sarawak. Team kami hanya bertiga. Hj. Ismail sebagai Pengarah Operasi, Kak Aishah Lamsah sebagai Pengarah Gerakkerja dan aku dari Unit Data.
Sebulan sebelum berlepas, Fuziah Salleh meneyerahkan kat aku Daftar Pemilih Sarawak yang terbaru pada masa itu. (Setakat Disember 2009). Itu saja modal aku kalau nak buka temberang. Pasal politik PKR Sarawak, aku tak tau. Dan aku tak mau tau. Aku bukan buat kerja untuk individu, tetapi untuk parti.
Prinsip aku ialah…kalau nak menang perlu ada kekuatan diri, bukan diatas kelemahan orang lain atau menumpang kekuatan orang lain. Kalau di Semenanjung, PKR boleh menumpang kekuatan jentera Pas, tapi di Sarawak…Pas pun lemah. Dan bila tiba di Kuching, aku dapati..PKR Sarawak lebih teruk dari yang aku jangkakan.
PKR Sarawak mempunyai ramai pemimpin yang professional, tapi mereka ini terpaksa tunduk kepada warlord yang terdapat di Sarawak. PKR Sarawak berpecah kepada 4 kem.
Pertama kem Haji Baha (Calon Tupong). Kedua, kem Dominique Ng.(Padungan) Ketiga kem Abang Zul (Saribas) dan keempat, warlord Iban yang masing-masing mahu jadi taiko. Itu sebabnya mengapa Baru Bian dipilih menjadi Pengerusi PKR Sarawak walaupun dia dari minoriti Orang Ulu.
Hari pertama bengkel, hanya dihadiri oleh orang-orang dari kem Haji Baha dan kem Iban. Baru Bian juga ada disana. Dan satu perkara yang menarik bagi aku ialah, mereka memperkenalkan diri sebagai bakal Calon. Fuiyo!!
Serius bro!! Kerusi tu depa punya!!
Aku tanya kat depa, macam mana kalau mereka tidak terpilih sebagai calon dalam PRN nanti? Depa jawab depa akan tetap jadi calon. Kalau tak dapat jadi calon PKR, depa akan jadi Calon Bebas.
So, bagi kepimpinanan PKR Sarawak, wala’ kepada parti adalah perkara terakhir. Dan mereka telah buktikan!!
Ramai dari pemimpin PKR Sarawak dalah dari SNAP ataupun yang kena reject dari PBB. Oleh kerana mereka ini melompat dari SNAP masuk PKR, mereka tidak dipanggil ‘katak’.
Haji Ismail memberikan taklimat tentang jentera dan strategi manakala Kak Aishah menerangkan tentang gerakkerja yang perlu dibuat. Bila tiba giliran aku, aku menerangkan tentang bagaimana hendak mengenali pengundi. Simple saja.
Aku tak ada persediaan yang perlu dibuat lebih awal. Aku cuma bawa software dan selebihnya dibuat secara impromptu. Dan hari itu aku ambil DUN Ba’ Kelalan sebagai contoh untuk mengisi slot aku yang dipanggil ‘Step-by-Step to Win An Election’. Dan aku minta Baru Bian membantu aku, sebab itu kawasan dia.
Soalan pertama: “Do you want to win?” Kalau jawapannya ‘Yes”, aku teruskan. Kalau setakat nak meningkatkan undi…nak berdakwah…dan menegakkan demokrasi…go to hell. To contest is to win. Kalau masuk bertanding dan mengharapkan kekalahan, go to hell.
Kemudian perkara kedua; Memahami gelanggang pertarungan. Kalau nak bertanding, tapi nama kampung pun tak tau. Nama rumah panjang pun tak tau, itu untuk calun payung terjun. Nak menang..lambung buah dadu. Tapi kalau nak jadi wakil rakyat, kena faham segenap pelusuk kawasan, kenal setiap Tuai Rumah, dan kenal setiap pengundi. Ini Sarawak, bukan Petaling Jaya.
Aku tak pernah pergi Ba’ Kelalan, tapi aku ada data siapa dan berapa pengundi baru di Bario, Semadoh atau Sukang. Berapa ramai pengundi muda bawah 40 tahun di rumah panjang di Long Sebangang. Aku tau nama mereka, aku tau tarikh lahir mereka. Yang diperlukan hanyalah bagi petugas parti pergi berjumpa mereka. Dan jangan tunggu bila dah pilihanraya baru nak buat kerja ni.
Dan tahniah kepada Paul Bian, pengurus kempen Baru Bian. Aku tau dia buat kerja sebab dia terus menghubungi aku selepas bengkel. Dan itu sebabnya mengapa aku begitu yakin PKR boleh menang di Ba’ Kelalan sebab depa buat kerja.
Sebelah malam, aku dijemput oleh Team Dominique Ng ke rumahnya. Ada kenduri. Dan kami pun pergi walaupun Haji Baha marah. Haji Baha tak bagi kami berbaik-baik dengan Dominique. Esok paginya, gambar kami keluar dalam suratkhabar. Yang tu pun jadi modal politik untuk kepimpinan PKR Sarawak!! Teruk Fuziah kena marah.
Perempuan comel yang berdiri ditengah-tengah itu ialah Zulhaidah, calon PKR Lambir. So, Dominique juga punya kekuatan sendiri. Apabila Dominique disingkir dari Padungan, bukan Padungan saja yang terkesan, tetapi merebak hingga ke Sibu dan Miri. Itu sebabnya mengapa aku tak menaruh harapan bagi kawasan bercampur yang ditandingi PKR, sebab ramai yang kecewa bila Dominique disingkir. Dan Dominique sendiri adalah contoh mengapa aku kata tidak ada orang PKR Sarawak yang sedia wala’ kepada parti.
Penyingkiran Dominique ada kaitan dengan hubungan Haji Baha dengan Azmin. Tambahan pula Dominique tidak menyokong Azmin semasa Pemilihan PKR 2010. Dan politik Azmin ialah dia akan mencantas sesiapa saja yang tidak menyokongnya. Macam politik Umno.
Keesokan harinya, hari kedua bengkel. Hari ini, kem warlord Iban pula dan kem See Chee How. Sebelum bengkel bermula, aku diberitahu, ada SB dalam bengkel. Rupa-rupanya, orang yang dikatakan SB itu juga adalah pemimpin Cabang. Dan dalam PRN yang baru selesai, dia bertanding atas tiket PKR. ha.ha.Orang yang dikatakan SB itu ialah Dr. John Brian Anthony (calon Meluan)
Aku tak heran, sebab aku sendiri pun ada yang kata SB…ejen Umno.
Hari kedua, aku pilih DUN Krian sebagai contoh bagaimana nak menang pilihanraya. Aku pilih DUN Krian sebab Ketua Cabangnya bersungguh-sungguh nak menang. Sampai jumpa aku kat hotel minta aku gunakan DUN Krian sebagai model. ( Ketua Cabang ini tak tau kemana hilangnya, mungkin tewas dalam Pemilihan 2010.)
DUN Krian bukanlah DUN favourite. Kalau ikut senarai DUN tumpuan, Krian jatuh nombor 18. dan kalau Krian boleh menang, DUN lain juga ada harapan untuk menang..tapi yang betul-betul buat kerja hanyalah Ali Biju. Ali Biju buat kerja dilapangan, itu sebab aku tak tau. Dan dia menang besar di Krian sebab dia buat kerja.
Dalam perjalanan balik ke KL, Hj. Ismail tanya aku. “Ada peluang tak menang di Sarawak?”. Aku kata, “Kalau menang lagi susah. Belum menang pun dah bergaduh, macam mana kalau menang nanti?”
Selepas Pemilihan PKR 2010, selepas Azmin menang sebagai Timbalan Presiden, Fuziah Salleh disingkir dari Pengarah Pilihanraya. Dan bila Azmin mengambil alih tugas Fuziah untuk PRN Sarawak, Azmin melakukan lebih banyak blunder.
Aku tau, kalau aku tulis benda ni sebelum PRN Sarawak…orang akan kata aku nak sabotaj PKR. Dah tentu aku kena kutuk macam Raja Petra. Dan bila aku tulis selepas PKR tewas teruk di Sarawak, mesti ada orang kata “aaahhhh…sour grapes”.
esok aku sambung……..
Betul ka SNAP ejen Umno?
Siapa George anak Lagong…Calon Bebas yang menang di Pelagus?
Sumber Malaysia Times (klik tajuk untuk ke artikel sebenar)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment