Close

Tuesday, February 8, 2011

Kapal TLDM: Pembangkang tak sepakat

Tony Pua menganggap pembelian kapal armada TLDM satu pembaziran. Sudah tentu dia begitu kerana dia bukan sayang sangat pada negara ni pun.

Kawan pernah terbaca dalam akhbar Harakah, seorang pemimpin PAS yang kawan dah lupa namanya menempelak kerajaan kerana betapa mudahnya perairan negara ditembusi oleh lanun. Di masa sekarang, terdapat beberapa buah kapal perang Malaysia generasi terbaru sedang berkawal di perairan Aden, Somalia mengawal keselamatan kapal-kapal dagang Malaysia. Justeru, yang tinggal di Malaysia sekarang ialah kapal perang yang tidak laju dan 'sezen'.

Apa yang mereka mahu kerajaan buat pada TLDM. Adakah TLDM pada masa akan datang hanya berbekalkan tongkang dan bot pancung sahaja?

Jika perairan negara ditembusi lanun, si Tony Pua yang akan terdepan dahulu bab mengutuk kerajaan yang culas bab keselamatan.

Monday, February 7, 2011

ucapan pedih buat Najib dari seorang ibu pelajar Mesir

" Syukur..Syukur..Syukur kepada Allah kerana membukakan pintu hati PM untuk membawa pulang anak saya di Mesir "

Ucapan yang kawan dengar dari sedutan berita Buletin Utama TV3 hari ini dari mulut seorang ibu.

Adakah Najib memang tidak mahu membawa keluar rakyat Malaysia di Mesir ?

Adakah ada hingga rakyat terpaksa membuat sembahyang hajat melembutkan kan hati Najib untuk bertidak menghantar pesawat membawa pulang rakyat kita ?

Walau mungkin ucapan si ibu ini disunting, namun ayat membukakan pintu hati PM itu terlalu pedih buat Najib. Seolah-olah beliau tidak berusaha langsung untuk menyelamatkan rakyat Malaysia yang terkandas di sana. Seolah-olah usaha beliau adalah sia-sia. Dan seolah-olah kerana sembahyang hajat dan doa lembut hati untuk Najib lah anak-anak mereka selamat tiba ke tanah air.

Sunday, February 6, 2011

Nizar bakal tentang Zahid Hamidi di PRU 13 ?

Menurut sumber yang kawan dapat tahu, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri ir. Nizar Jamaludin bakal beralih angin ke Parlimen Bagan Datoh. Untuk rekod, Ahli Parlimen Bagan Datoh sekarang ialah Datuk Seri Zahid Hamidi yang juga Mentri Pertahanan.

Menurut sumber berkenaan, pengundi-pengundi bukan melayu di parlimen Bagan Datoh telah mengundang Nizar untuk bertanding di sana berdasarkan sokongan semasa.

Kerusi Parlimen Bukit Gantang pula mungkin bakal di isi Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Ahmad. Idris yang telah beradu nasib sejak PRK DUN Changkat Jering pada tahun 1997 bagaimana pun tidak pernah menang biarpun beliau adalah anak tempatan Bukit Gantang.

Jika Pakatan Rakyat ditakdirkan merampas Parlimen Malaysia dari BN, kemungkinan Nizar akan memegang satu portfolio menteri penuh.

DAP Perak dikatakan akan meletakkan seorang calon melayu di kawasan pasti menang bagi kerusi DUN sebagai usaha bagi memastikan kerusi MB Perak selepas ini adalah dari kalangan Adun DAP.

Parlimen Bukit Gantang terdiri dari tiga DUN iaitu, Changkat Jering, Kuala Sepetang dan Trong.

Mahfuz tuduh Najib Malu pada Putera Arab Saudi

Mahfuz juga tidak menolak kemungkinan, pengumuman jaminan tersebut dibuat Najib ekoran malu kepada Putera Raja Arab Saudi, Putera Turki Abdullah Al Saud, kerana sudi membiayai dua penerbangan menggunakan pesawat jumbo Boeing 747 untuk membawa balik pelajar Malaysia dari Jeddah ke Kuala Lumpur.

Seperkara lagi kata Mahfuz, kerajaan juga tidak sepatutnya mengumumkan untuk merujuk dan berurusan dahulu dengan pihak swasta lain seperti Lembaga Tabung Haji, Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia berhubung pembiayaan kos terbabit.

Tindakan tersebut katanya hanya hanya akan memberi gambaran bahawa kerajaan tidak bersedia untuk menanggung sepenuhnya kos misi tersebut.

"Kita setuju pihak swasta tunai tanggungjawab sosial, tapi tak kan kerajaan nak tengok dulu swasta boleh bagi berapa.

"Sepatutnya umum tanggung penuh la, lepas tu bincang la nak cari duit dari mana," katanya lagi.

kata kawan...Apa yang si X penjual ais batu ni merepek ni. Macam mana PAS boleh pilih si bangang tahap gaban ni jadi ahli Parlimen. Apa dah takde orang lain ke. Lain kali semak dulu tahap pencapaian sekolah calon, jangan pakai taruk jer.

Mengapa pula najib nak malu pulak, Bukan Najib yang minta, Putera Arab Saudi tu yang nak tolong? Lagi satu ko yang bongok mahfuz memang tak pernah sokong pun apa yang Najib buat. Takkan isu Najib umum bantuan dari badan swasta pun ko nak 'tibai' juga.

Korang setakat hantar pemerhati ke Mesir dah riuh sekampung. Berapa ramai rakyat Malaysia yang korang tanggung balik? Hampeh..

Sewaktu korang beriuh rendah di sini, rakyat Malaysia dah on the way balik ke tanah air. Lantas korang akan sambut dan mengaku bahawa sebenarnya korang ialah hero manakala kerajaan tetap ZALIM seperti dulu. Bahkan ada pelajar yang baru pulang tak sabar-sabar nak berkhidmat sebagai sukarelawan PAS di PRK Merlimau nanti.

Thursday, February 3, 2011

PAS umpan Najib kutuk Hosni Mubarak

Bekas penjual air batu, Mahfuz Omar menggesa Najib mengemukakan pendirian peribadi berhubung tunjuk perasaan besar-besaran rakyat Mesir memaksa Presiden Hosni Mubarak meninggalkan kedudukan beliau dan lari ke luar negara.



Pendapat bekas penjual air batu ini turut di sokong oleh pengerusi Biro Antarabangsa PKR, Yusmadi Yusof yang mengesa Najib turut sama mendesak Hosni MUbarak supaya berundur.



Naji yang dilihat mengambil sikap tidak mahu mencampuri urusan negara berkenaan sebaliknya hanya bersungguh-sungguh berusaha membawa keluar pelajar dan kakitangan Malaysia di sana.



Mahfuz yang sebelum ini berniaga air batu secara kecil-kecilan memang tidak tahu akan ilmu perhubungan antara bangsa. Jesteru saranan beliau itu boleh dianggap seperti katak yang memanggil awan hujan.



Mahfuz yang konon-konon berani mengutuk Mesir dan berlakon bijak dalam perhubungan antara bangsa sebenarnya bukannya pandai dan berani sangat pun. Mahfuz tak berani pun mendesak perdana Menteri Thailand meletak jawatan bila kumpulan baju merah merusuh di Thailand. Bila mana Thaksin digulingkan dulu oleh rakyat, Mahfuz hanya diam menikus. Ye la, Thailand tu dekat sebelah Kedah, kang ada yang kena tembak pulak.

Sebelum suruh Najib keluarkan kenyataan, elok korang tanya Anwar dulu sama ada dia sokong atau tidak?

Wednesday, February 2, 2011

Wahai kerajaan yang zalim..tolong selamat kan anak kami !!!!

Seruan untuk kerajaan BN yang zalim..tolong selamatkan anak kami,adik-adik kami..

Kad prabayar dah abis,makanan dah susut, keadaan luar yang merbahaya,perompak sana sini..Kawan pun takut kalau ada kat mesir sekarang ni.


Kawan rasa kebanyakan pelajar Malaysia di bumi Mesir ni anak-anak orang pas..kawan rasa aje lah..Member kawan bekas graduan Mesir mengakui yang pengaruh parti berkenaan sangat kuat di sana. Turun dari flight, abang kakak senior dah tunggu untuk membrain-wash anti kerajaan BN. Jadi untuk mengelakkan dari di pulau, baik layan jer geng-geng ni.


Dulu Husam Musa sempat jadi hero membawa pulang gadis yang dilarikan ke Lombok tapi kerajaan Pas kali ini hanya mampu bertindak menganjurkan rapat umum ( demo la tu ) mendesak kerajaan cepat membawa pulang pelajar Malaysia yang kebanyakannya dari Kelantan. Di samping itu, PAS juga menghantar sejumlah wang untuk memudahkan urusan pelajar di sana.


Terdapat juga ramai pelajar berstatus sendirian berhad yang tidak ditaja oleh kerajaan pusat. Mereka ini membiayai yuran kursus dan keperluan disan mengunakan wang sendiri dan ramai juga atas derma ikhlas masyarakat


Mesir adalah negara yang tersohor dengan produk perlancungan sejarah terbesar di dunia dengan permulaan tamadun manusia puluhan ribu tahun yang lalu. Dengan pendapatan kerajaannya bersumberkan bayaran 'tol' terusan Suez yang merupakan terusan paling sibuk di dunia. Mesir masih lagi tergolong antara negara dunia ke tiga yang memiliki ramai rakyat miskin yang mengharapkan sumbangan roti percuma dari kerajaan.



Tidak apa yang mampu dibuat oleh kepimpinan PAS selain mengajak penganutnya berdemo.

Sudah pasti sekembalinya pelajar-pelajar ini ke tanah air nanti,ada yang akan menjadi sukarelawan PAS di DUN Merlimau dan mungkin juga ada yang akan naik berceramah sambil melupakan jasa baik kerajaan bersabung nyawa membawa mereka pulang.

Mereka juga tidak akan malu melaungkan ' Kerajaan BN Kerajaan yang Zalim'.

Tuesday, February 1, 2011

Pas sebat duit tabung Memali !! Itu ostad olang juga maa !!

Seorang tua berbangsa cina penyokong kuat DAP tanpa jawatan kelu tak terkata apa-apa bila akhbar yang dibacanya memuatkan cerita buku yang di tulis oleh seorang ahli pas dilarang untuk dijual. Dia keliru nak menyokong yang mana satu, maksudnya menyokong buku itu dijual secara terbuka tanpa sekatan ataupun menyokong untuk terus membeku penjualannya.

Kawan tengok dia dok termenung, kawan pun saja mengusik.." tauke, sekarang itu U punya pak aji pak aji janggot pun sudah sebat duit aaa. Itu lagi duit anak yatim ooo, banyak dosa oo".

Dia diam dulu, cari idea la kut.. " itu BN lagi manyak makan luit lakyat..lagi semua tanah dia olang jual oo". balas beliau.

Itu YB BN memang jahat oo,kasi rasuah sana sini. Tapi aa, ini tabung memali aa sudah kutip sejak 1985,kalau tak silap saya la..ini bermakna aa, sudah 25 tahun itu ostad-ostad makan itu duit anak yatim oo,lagi banyak haram oo"..kawan sound dia sikit

"Tak apa, dia olang makan sikit saja, lagipun aa, itu ostad juga olang juga maa".kata cina DAP tu..

Kawan diam, betul juga kata dia..'itu Ostad juga olang maa'

Buat ostad-ostad yang terlibat dalam menCILUK duit derma Memali, korang jangan risau, perbuatan korang tak ada apa-apa effect pun kat akhirat nanti. Maklumlah, tiket syurga dah dapat. Tunggu pilih seat depan belakang jer