Close

Saturday, December 17, 2011

Nasarudin, Hasan Ali dan Mahasiswa..

1. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali nenempelak bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Datuk Dr Hassan Ali kerana di lihat semakin masuk ke 'perangkap BN'.
Mustafa memberi tahu yang Nasharudin tidak pernah menghadiri sebarang mesyuarat PAS pusat setelah kalah pemilihan yang lalu walaupun beliau di lantik sebagai AJK PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS. Pada kawan mungkin Nasharudin semakin benci akan keakraban PAS dengan DAP kut. Walau apa pun keputusan dalam mesyuarat, selalunya pasti akan menguntungkan DAP..itu pandangan peribadi kawan. Mungkin juga Nasharudin dan Hasan semakin meluat dengan tiadanya apa-apa keputusan rasmi berkenaan kempen selamatkan Ummah dari aktiviti murtad oleh pucuk pimpinan PAS.

2. Mahasiswa hari ini berdemo ke PWTC dan menurunkan bendera berwajah PM Najib. Beraninya mereka !! Tahniah kawan ucapkan kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YB Saifudin Abdullah kerana berjaya mendidik mereka menjadi begitu berani dan meninggalkan buku di bilik, meninggalkan pensil dan persediaan ke arah peperiksaan dan menghampakan hati ibu bapa di kampung semata-mata berdemo. Mereka yang 100% beraliran pembangkang ini kawan harap tidak mengambil baucer pembelian buku sebagai tanda boikot terhadap kerajaan. Maklumlah, baucer tu kan datangnya dari kerajaan yang zalim dan kejam.

p/s: Alhamdulilah kawan dapat baucer ni sebagai pelajar IPT yang tua..

No comments:

Post a Comment