Friday, December 9, 2011

Lembu boleh ke Shahrizat..Tahi boleh ke Rakyat..


Sepanduk yang tertera ayat "Lembu boleh ke Shahrizat..Tahi boleh ke Rakyat.." kawan jumpa di sebuah bandar di pantai timur semenanjung semalam. Kawan tak tadapat turun mengambil gambar kerana kawan hanya sebagai penumpang rombongan namun di sebabkan kenderaan berkenaan bergerak agak perlahan dapat lah kawan melihat dan membawa sepanduk berkenaan. Dan kawan hanya tersenyum.

Kawan percaya ini kerja pembangkang. Satu usaha yang kawan rasa agak berkesan juga untuk menarik minat rakyat memahami perkara yang dibincangkan di peringkat nasional iaitu Pakatan Rakyat vs Lembu NFC aka Shahrizat Jalil. Rakyat bawahan macam kawan sulit untuk memahami akan aturcara dunia korporat yang melbatkan urusan ratus-ratus juta dan bilion. Hanya yang rakyat tahu ialah Shahrizat ( anak-beranak ) dapat projek bela lembu dari kerajaan dan duit itu diguna buat benda lain. Lembu tak jadi, duit habis beli kondo, beli Mercedes setengah juta..

Pada kawan, Shahrizat sekarang adalah liabiliti dalam UMNO. Ini pandangan kawan secara peribadi dan jujur..

p/s: bila cerita lembu nak tercabut tekak penceramah PAS berceramah tapi sampai sekarang telur kecut membisu kalau ditanya bab JAIS vs DUMC ( gereja )..alasannya tetap sama.."ini kerja UMNO.". PAS sama dengan lembu..hanya tau makan rumput, makan dan makan...

No comments:

Post a Comment