Close

Tuesday, March 22, 2011

Sandiwara Anwar kini 'tersangat hebat'

DSAI boleh berdiri dan menunjuk perutnya yang tidak buncit kepada wartawan yang menjadi agen penyebar maklumat kepada rakyat. Beliau boleh membawa ribuan penyokongnya berasak-rasak ke balai polis untuk membuat laporan polis berkenaan ' fitnah' ini. Beliau boleh menunjukkan bukti twiter dan facebooknya yang menunjukkan beliau ada di rumah.

Selepas pernah bersembunyi di Kedutaan Turki dahulu kononnya ada pihak yang mengugutnya, kini Anwar telah mencipta satu lagi cereka yang paling 'hot'. Video sex pelakun lelaki mirip wajahnya bersama watak jahat Datuk 'T'elur.

Nampaknya Anwar masih lagi cuba memainkan wayang untuk memancing simpati terutamanya pengundi Sarawak menjelang pilihanraya DUN yang bakal tiba. Pada kawan, ini hanya lah sandiwara sahaja. Anwar perlu mengalihkan isu yang lebih besar iaitu isu DNA. Sana sini orang berdemontrasi.

Sebagai makhluk anugerah tuhan yang teraniaya,wajib bagi masyarakat membantu dirinya. Bukan dengan sumbangan derma kilat, selimut, beras dan biskut tetapi sepangkah undi untuk beliau melangkah naik ke Putra Jaya.

p/s: terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. terima kasih juga kerana tuan puan sudi memberi ulasan pada artikel yang kawan karang walaupun ada yang membina dan ada yang 'pedas'. terima kasih se trilion kali.

Jika takut dibadai tohmahan, jangan bicara perihal perjuangan

No comments:

Post a Comment