Close

Monday, March 21, 2011

Libya diserang tentera bersekutu, di pihak mana kita berada ?

Sekarang ni, dok heboh pasal pemimpin pembangkang bersama video 'blue' nya. Kawan malas nak ulas, sebab kawan belum tonton lagi..hehehehe

Ni Kawan nak komen pasal negara saudara seIslam kita iaitu Libya.

Akhirnya negara Islam Libya diserang juga. Ini melengkapkan teka-teki penyusuran kapal pengangkut pesawat AS yang melalui Terusan Suez yang pada peringkat awal hanyalah sebagai usaha untuk mengertak. Presiden Ghadafi masih lagi enggan berundur. Tentera Bersekutu yang dianggotai Perancis, Britain dan dikepalai oleh AS bersungguh-sungguh mahu menyingkirkan Ghadafi yang bakal senasib dengan Saddam Hussein di Iraq.

Bukan mahu sangat berperang mempertahankan hak rakyat Libya, tetapi mata mereka lebih tertarik dengan stok simpanan minyak Libya yang diperakui terbesar di dunia. Mereka juga cenderung untuk membina semula Libya dan membentuk kerajaan boneka seperti di Iraq dan Afganistan.

Di Malaysia, revolusi politik masyarakat arab yang menular dari Mesir kemudian merebak ke Bahrain, Syria dan negara-negara arab yang lain turut menjadi motivasi kepada pembangkang. Dengan beberapa ugutan kepada kerajaan akan berlakunya revolusi rakyat ini, mereka kerap menuduh pemimpin- arab yang digulingkan adalah diktaktor, pemimpin kuku besi dan pembunuh demokrasi. Ada yang secara terangan meminta supa Ghadafi turun dari takhta biarpun jarak dari bumi tanah melayu dan Libya sangat jauh berpuluh ribu batu dan tidak mungkin Ghadafi akan mendengar permintaan sebegitu.

Namun kuasa Allah tertentu jua, Libya diserang oleh tentera bersekutu sehingga menyebabkan ramai orang awam yang terdiri dari wanita, kanak-kanak dan ulama' telah terbunuh. AS memberi alasan untuk menstabilkan rantau arab dari sebarang kekacauan yang dicetuskan oleh negara-negara yang bermasalah terutamanya dengan barat.

Siapa yang kita sokong, Libya ataupun Tentera Bersekutu ? Pemimpin-pemimpin pembangkang yang ramai berketayap putih dan berpelajaran tinggi mungkin gagal ( atupun dalam bahasa yang mudah ialah bodoh dan tak reti ) membaca rentak politik dunia dengan mudah menyokong pengulingan Ghadafi. Sedangkan kawan yang tidak seberapa cerdik dalam politik pun tahu. Jika anda menyokong revolusi rakyat yang mahukan Ghadafi berundur bermakna anda menyokong pencerobohan dan pembunuhan kejam tentera bersekutu ke atas rakyat Libya.

Dari mana anda tahu Ghadafi seorang pemerintah yang kejam, pemeras duit rakyat dan zalim? Tentulah dari media-media massa dan elektronik. Siapa kah wartawan-wartawannyanya ? Tentulah orang-orang arab Libya suruhan media barat seperti Reuters, BBC, CNN, Al-Jazeera. Wartawan media dari negara-negara lain hanya menceduk berita dari sumber ini tanpa menyelidik kebenarannya. Itulah yang menjadi santapan berita untuk kita mengetahu berita beserta foto-foto dari negara berkenaan.
Strategi yang sama digunakan AS sebagai serangan saraf pada umat Islam dan Arab yang lain untuk mengendurkan perasaan marah dan menghalalkan perbuatan buruk mereka.

Kawan tidak pernah menyokong pemberontakan rakyat di Libya kerana pada kawan hanyalah perbuatan proksi-proksi barat untuk menjatuhkan pimpinan Ghadafi yang merupakan pemimpin yang paling dibenci oleh dunia barat selain Allahyarham Saddam Hussien dan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad.

2 comments:

  1. betul artikal diatas saya sokong...
    libya hanyalah satu tapak mainan kecil amerika dan nato...mereka haya mahukan miyak....tgu saja dalam bebrapa bulan akan datang harga minyak mentah dunia pasti akn naik jadi bagi mengimbagi stok minyak amerika yag makin berkurangan libya dijadikan sasaran....
    1.provokasi menyatakan pemerintahan gadafi kejam
    2 demonstarasi jalanan
    3.sokongan negara barat terhadap revolusi
    4.diserang nato dan amerika
    5.ditawan amerika
    6.wujud kerajaan boneka kononya revolusi rakyat
    7.miyak diambil ameriak dan nato (macam upah hapuskan pemerintahan gadafi pulak kan)

    ReplyDelete
  2. medan libya juga sebagai lapang sasar mempromosikan kelengkapan perang terkini buatan as,britain,perancis dan italy

    ReplyDelete