Friday, November 4, 2011

Hadiah buat Tony Pua

Manyak cilaka itu olang aaa..belani di suruh kerajaan kecilkan jumlah kakitangan awam !!!
Adakah anda tahu lebih separuh dari kakitangan awam ialah penyokong pembangkang malah ada yang menjawat jawatan penting dalam parti pembangkang di peringkat cawangan dan bahagian ???

Malah ada juga yang menjadi penceramah untuk parti pembangkang . Cina sekor ni kalau dah ada kuasa esok mampus la orang melayu di ganyangnya.. Masa tu baru padan muka orang melayu..







Ambik kau Tony Pua !!!!!!





Baca nii..

Jika Pakatan Pembangkang memerintah, kakitangan awam akan dikurangkan separuh setiap tahun, termasuk mengambil contoh cara negera China kurangkan kakitangan awam yang berlebihan. Bagi kakitangan awam yang kurang berkesan menjalankan tugas, mereka akan ditempatkan di rumah dan diberi separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan perbelanjaan yang begitu besar untuk kakitangan awamnya.


Setiausaha Bahagian Penerangan DAP Tony Pua Kiam Wee berkata, jika Pakatan Pembangkang dapat memerintah kerajaan pusat, Pakatan akan kemukakan satu projek yang dinamakan "Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam" untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun.


"Pakatan Pembangkang tidak akan gunakan budaya lama yang dilakukan oleh kerajaan membuat pengambilan graduan universiti untuk dimuatkan ke dalam sektor kerajaan, pada masa sama mungkin Pakatan akan buat penambahan kakitangan awam, tetapi penambahan itu perlu berkualiti tinggi, dan memilih kakitangan awam yang punyai daya saing."


Kakitangan Awam Yang Sudah Berusia Dibiar Bersara Cepat.


Tony Pua berkata, Pakatan akan menggalakkan kakitangan awam yang sudah tua dinasihatkan berhenti kerja. Ia akan ambil contoh cara negera China bagaimana mereka kurangkan kakitangan awam termasuk kakitangan awam yang kurang berprestasi. Kakitangan awam yang diberhentikan ini akan mendapat pampasan separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan bebanan dan tanggungan kos untuk membayar gaji kakitangan awamnya.


Tony Pua Kiam Wee berkata demikian semasa menghadiri seminar bertajuk "Ke Mana Perginya Wang Titik Peluh Kita? Beranikan Diri Untuk Bentangkan Bajet 2012" yang diajurkan oleh pemuda DAP negeri Johor. Ucapan dalam seminar politik itu, sebagai membalas soalan-soalan daripada orang ramai terhadap kakitangan awam negara ini yang berlebihan. Dalam seminar itu, selain Tony Pua Kiam Wee, turut hadir juga Teo Nie Ching Timbalan Setiausaha Penerangan DAP, ketua pemuda DAP negeri Johor dan setiausaha DAP negeri Johor. Mereka dapat mengumpulkan seramai 200 peserta yang mengambil berat tentang Bajet 2012.


Tony Pua Kiam Wee juga berkata, buat masa ini kakitangan awam yang berjumlah 1.3 juta orang di negara ini, dengan nisbah 4.6 peratus daripada penduduk negara; jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Korea, bilangan kakitangan awam mereka hanya 2 peratus daripada jumlah penduduk negara tersebut.Sumber: Sinchew Daily News m/s 9, 1 November 2011-


Read more: http://www.pisau.net/2011/11/untungnya-kakitangan-awam-yang.html#ixzz1cmWdMLNc

No comments:

Post a Comment