Close

Monday, November 14, 2011

Paksa Cikgu kerja 9 jam !!! Be End kearah bakal TERLUNGKUP di PRU 13 nanti..

Kawan tak tau la mana datang idea senget yang mencadangkan guru-guru berkerja 9 jam sehari berbanding waktu sekarang sekitar 6-7 jam sehari mengikut waktu persekolahan biasa yang diamalkan di kebanyakan sekolah di Malaysia.

Memanglah ramai yang memaling muka jika kita membicarakan kebajikan guru yang tidak terbela ( terutamanya jika kita bukan guru ), ramai di antara kita menganggap kerjaya guru ini adalah karier paling rileks dalam dunia di samping gaji yang besar, elaun yang banyak serta skim kenaikan pangkat yang singkat. Kawan pun kadang-kadang jeles juga dengan guru ni tapi bila kawan kenangkan balik pengorbanan cikgu ni melatih anak kawan tak kira petang, berhujan panas, tak mengira Sabtu dan Ahad mahupun di cuti sekolah malah sanggup meninggalkan anak isteri demi menemani murid-murid berkemah di hutan rimba, kawan rasa tak perlulah kerja guru ini kita perlekehkan.

Pada kawan, cabaran kerjaya guru sekarang bukanlah mengajar murid tetapi lebih tertumpu kepada kerja pengkeranian. Mungkin kita tak sedar yang 60% masa cikgu sekarang adalah mengisi bermacam data ke dalam talian OnLine. Setiap program anjuran Kementerian contohnya 1murid 1sukan, guru lah pengerak utamanya malah perjalanan program itu harus di rekodkan dalam fail. Itu baru satu program walhal berpuluh lagi program yang ada untuk guru yang perlu'dikeranikan'.

Memetik kata-kata Ustaz Idris Ahmad, guru lah bukan lah sekadar guru tetapi juga “Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah," kata ahli jawatankuasa PAS, Idris Ahmad dalam satu kenyataan media.

Malahan ramai di kalangan guru memegang jawatan-jawatan penting dalam UMNO dan merupakan penyokong 'hardcore' BN. Bila cikgu-cikgu dah bising, kemudiannya Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong,menegaskan guru-guru jangan panik sebaliknya ini hanyalah satu kajian untuk melihat keberhasilannya serta mulai Januari tahun depan, empat negeri - Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak - akan bekerja sembilan jam sehari.

Waktu kawan melepak di kedai kopi petang tadi, seorang rakan ( bukan guru ) memperdengarkan seloka berbunyi begini..

"Cikgu Pun Manusia, kita Pun Manusia, Cikgu dan kita menjadi Manusia disebabkan cikgu, anak-anak kita menjadi manusia di sebabkan kita dan cikgu, jadi jangan peningkan kepala kita dengan menyusahkan cikgu.. "


dipetik dari MalaysiaKini

PAS tak setuju guru kerja sembilan jam
12:37PM Nov 13, 2011

PAS menganggap projek rintis sistem bekerja sembilan jam Kementerian Pelajaran sebagai tidak wajar dan mahu ia dikaji semula kerana akan membebankan guru.

"Rasional apakah guru-guru terpaksa bekerja selama sembilan jam? Sebenarnya guru-guru di Malaysia sudah sedia terbeban, bukan sahaja (dengan) pembelajaran dan pengajaran.

"Malahan guru sudah menjadi ‘multi purpose’ kerana semua perkara guru terpaksa lakukan.

“Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah," kata ahli jawatankuasa PAS, Idris Ahmad dalam satu kenyataan media.

Beliau merujuk kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong, semalam yang berkata mulai Januari tahun depan, empat negeri - Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak - akan bekerja sembilan jam sehari.

Projek rintis itu katanya, berasaskan satu kajian di Melaka Tengah yang mengenalpasti tempoh bekerja yang ideal bagi guru.

"Saya harap semua guru di empat negeri tersebut tidak perlu risau kerana kita hanya membuat percubaan.

"Apabila projek rintis itu meyakinkan kita dan kita dapat membuat kesimpulan secara konkrit, barulah kita memperluaskannya ke semua sekolah di seluruh negara," kata Wee.

Sambil membidas tindakan Kementerian Pelajaran yang diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku menteri pelajaran, Idris berkata kerajaan sepatutnya mencari jalan untuk menyenangkan guru-guru supaya mereka berada di zon selesa.

Ini kerana di tangan mereka yang akan melahirkan modal insan yang berguna untuk masa akan datang.

Bawa kerja balik rumah

"Mungkin ada orang cemburu kerana guru banyak mendapat cuti berbanding dengan mereka yang berada di pejabat.

“Tetapi perlu diingat tugas guru bukan sahaja di sekolah, malahan kerja mereka berterusan sehingga balik ke rumah. Kerana kerja latihan pelajar perlu diperiksa, persiapan mengajar perlu dibuat.

“Budaya ini berlainan dengan mereka yang bekerja di pejabat, selesai sahaja waktu pejabat ia tidak perlu dibawa balik ke rumah," katanya.

Sehubungan dengan itu, Idris juga mahu kerajaan menambah kemudahan dan membina lebih banyak sekolah supaya bilangan pelajar di dalam sebuah kelas dapat dikurangkan agar bebanan guru juga dapat diringankan.

Katanya, kebanyakan sekolah pada hari ini dibina lebih 20 tahun dahulu dan sudah tidak mampu menampung pertambahan penduduk di sekitarnya sehingga suasana di dalam bilik kelas tidak lagi selesa kerana bilangan pelajar yang begitu ramai.

Idris berkata sebagai penghormatan kepada guru-guru yang mendidik rakyat di negara ini, Pakatan Rakyat menjanjikan RM500 kepada mereka jika diberi mandat ke Putrajaya.

No comments:

Post a Comment