Sebelum memulakan bicara, kawan ingin mengucapkan jutaan takziah di atas tragedi yang menimpa Rumah Anak Yatim di Hulu Langat semalam. Roh- roh anak yatim yang tidak berdosa tidakkan di hisab oleh Allah SWT kerana rata- rata di bawah umur baligh. Semoga diberi kekuatan kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat untuk menerima qada dan qadar dari Allah ini.
Pengumuman pelarasan ( kenaikan dalam erti kata mudah ) oleh kerajaan BN berkenaan beberapa barangan keperluan utama negara seperti gula dan bahan api sangat berat diterima.
1. Pembangkang memainkan isu ini di setiap ceramah mengalahkan isu video sex pemimpin kanan pembangkang.
2. Janji penurunan harga serta merta selepas Pakatan Rakyat merampas pentadbiran negara. Rata-rata pengundi ' lalang' dan atas pagar sudah tertarik dengan janji-janji manis PR ini.
3. Bolehkah PR menurunkan setiap harga barangan keperluan setelah menaiki tahkta ? Di pentas ceramah tidak pula di nyatakan akan sumber-sumber kewangan untuk mengimbangi dan menampung semula harga yang terpaksa di subsidi di pasaran. Cukupkah hanya duit rasuah BN sahaja di gunakan untuk menampung kenaikan? Bukankah pemimpin PR juga ada yang terlibat dengan salah guna kuasa ?
4. Orang kampung tidak akan faham akan kenaikan harga komoditi di pasaran dunia, hanya yang mereka faham ialah harga gula dan petrol sudah dinaikkan Najib.
5. Kesimpulannya, Jika BN masih mahu berkuasa, sila kawal kenaikan harga barangan..jika tidak anda boleh berkemas-kemas untuk bersedia keluar dari rumah rasmi yang anda tinggal sekarang.
6. Semakin ramai orang melayu sudah tidak kisah siapa saja yang memerintah negara, bangsa mana yang jadi PM. Hanya yang mereka mahu tahu, harga barang semakin turun, gaji semakin naik.
kalau nak rasa merempat dalam negara sendiri buat la.....singapura dulu pun macam tu juga, konon nya orang melayu sana nak tunjuk sporting sangat, rupa rupa nya sekali ja dalam seumur hidup orang melayu jadi pemimpin, waktu mula mula ja (sebelum dapat)...lepas tu komuniti melayu dipecah pecahkan dalam kelompok kecil sehinga tak ada satu tempat pun melayu ada majoriti maka jadi lah melayu singapore sekarang, biar airmata darah sekalipun tak akan dapat semula kuasa. ingatlah wahai bangsaku....menang sorak, kampung tergadai.
ReplyDelete