Seorang anak dari negeri KELANTAN telah kembali semula kepada agama Islam sebelum ini menukar agamanya ke agama kristian. Pelajar yang berasal dari Pengkalan Chepa ini mengakui telah insaf.
Berikutan pengakuan itu, Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty memerintahkan Mohamad Fariz Ilham Mohd Zulkifli, 19, dari Pengkalan Chepa, bersembahyang jemaah di tempat pengajiannya serta melaporkan kehadiran kepada Imam masjid itu selama enam bulan, berkuat kuasa hari ini.
Mohd Fariz Ilham juga diarah melaporkan diri di Pejabat Agama Dungun setiap minggu, manakala pasport antarabangsanya diserahkan kepada mahkamah.
Abu Bakar turut membatalkan perintah menempatkan Mohd Fariz Ilham di Pusat Bimbingan Akidah Kuala Kubu Baharu di Selangor selepas berpuas hati dia mampu membaca al-Fatihah dengan baik, selain mengucap dua kalimah syahadah dan beristighfar.
Pada 24 April lalu, Mohamad Fariz dirujuk oleh keluarganya ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan selepas mengaku keluar dari Islam dan memeluk agama Kristian.
Mahkamah Tinggi Syariah kemudian mengarahkan dia ditahan reman selama seminggu selepas menerima permohonan bagi mendapatkan perintah tegahan percubaan keluar dari Islam.
Permohonan itu menyebut Mohamad Fariz, yang menggunakan nama samaran Tyrone, mula berjinak-jinak dan menghadiri upacara gereja sejak 3 Dis 2010 serta mengaku berhasrat menukar agama di luar negara.
*******************
Lidah rasmi PAS iaitu Harakah dan beberapa portal pro-pembangkang belum lagi melaporkan berita ini mungkin malu kut anak dari negeri tok guru declare murtad. Ataupun berita ini dianggap tak penting. Lebih baik fikir macam mana nak cover Anwar !!!!
Nampaknya gejala umat islam murtad dan memilih agama kristian bukan omong kosong. Rata-rata umat islam lebih berminat untuk 'didekati' kristian berbanding agama-agama lain yang diamalkan di negara ini. Ini belum lagi kebenaran penggunaan nama Allah kepada mereka.
Kawan menonton habis perkahwinan Putera William dan pasangannya Kate Middleton yang secara langsung dari Westminster Abbey Church, UK. dari mula upacara pernikahan, doa sampai khutbah oleh ketua bishop gereja berkenaan, tidak sekalipun beliau menyebut nama ALLAH. Hanya Father of God yang sering di sebut. Kawan dok tunggu jer kalau-kalau dia ada sebut.
Mungkin mazahab kristian Anglican yang diamalkan secara rasmi di UK tidak menggunakan nama ALLAH kut. Ok lah alasan tu kita terima pakai.
Berbalik pada kisah adik kita tadi yang cuba nak convert agama. Jadi apa usaha kita untuk menghalang TRAGEDI sama berulang kepada anak-anak, adik-adik dan saudara seIslam kita ? Demontrasi ?
Ulama'-ulama' PAS begitu lantang bersuara di era tahun 95 dahulu. Mereka takut akan dengan khabar angin ramai umat islam yang sudah memohon untuk convert agama. Kalau tuan-tuan masih ingat akan tour ceramah mereka pada masa itu, kononnya borang permohonan golongan mereka yang ingin keluar dari Islam setinggi 2-3 meter.
Kawan sokong mereka pada masa itu. tetapi apa sudah jadi sekarang ? sudah lupa ke dengan isu tu? bila kita dok dibuai dengan isu pakatan rakyat, model jam omega, Najib..kita terlepas soghe anak mudo kelate yang nak masuk kristian. Bahkan akhbar-akhbar mereka senyap, sunyi, sepi menutup rapat.
Ini bukan isu orang kelantan keluar agama, ini isu orang seIslam kita sudah keluar agama...dan mereka-mereka yang sudah meniup di telinga anak-anak kita akan keseronokan 'bila bersama' mereka..
Siapa yang sokong nama Allah di beri kepada mereka ? Anda pun tahu...
Masya Allah, sebagai umat Islam dan hamba Allah, kita perlu kukuhkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah kerana hanya Islam sajalah agama yang diredahi oleh Allah di dunia hinggalah di akhirat kelak.
ReplyDeleteBerhubung isu perkataan Allah dalam bible, perkara ini adalah gerakan halus untuk menghasut umat Islam supaya curiga dengan Islam. Kalau orang yang mendakwa dalam Bible, tuhan dirujuk kepada Allah, sila baca bible yang bermacam-macam versi itu, tak ada nama Allah dalam bible itu, hanyalah yang ada God of Father, God of Son dan Holy Ghost sahaja. Malahan saya sendiri merasa pelik dengan trinity kerana mengapakah hanya ada Bapa, Anak dan Roh Kudus saja, Ibu tiadakah? Apakah status Mariam ataupun Virgin Mary dalam kepercayaan Kristian? Kalau Kristian mempercayai Nabi Isa adalah Anak Allah, maka Mariam sebagai ibu Isa adalah isteri Allah, pelik dan memeningkan perkara ini, tapi ia juga lucu kerana Nabi Isa yang tiada bapa dianggap Anak Allah, tetapi Nabi Adam dan isterinya Hawa, lagi ajaib, tiada ibu dan ayah, apakah statusnya pula?
Lagi satu berkenaan Dosa Warisan, kononnya Nabi Isa sebagai Anak Allah terpaksa mati di kayu salib untuk menebus dosa manusia yang kononnya berasal dari kesalahan Nabi Adam dan Hawa yang memakan buah larangan dari syurga. Sungguh pelik kerana Nabi Adam dan Hawa telah diampunkan oleh Allah sejak mereka di syurga lagi, malahan kedatangan Nabi Adam dan Hawa ke dunia bukanlah sebagai hukuman semata-mata, tetapi adalah kerana Allah mahu menempatkan manusia ini di dunia. Kerana ingatlah apabila Allah mengatakan bahawa Dia mahu menjadikan penghuni di dunia ini kepada Malaikat, dan penghuni itu adalah manusia yang berasal dari Adam dan Hawa yang dijadikan dari tanah yang diambil dari bumi ini. Berbalik kepada Nabi Isa perlu mati di kayu salib untuk mengampuni dosa manusia, adalah pelik kerana sebagai anak tuhan, malahan anak tunggal tuhan sebagaimana yang tercatat dalam bible, "The Begotten Son", apakah Allah sanggup membiarkan anaknya mati walaupun yang buat salah bukannya Isa yang dituduh oleh Kristian sebagai anak Allah? Ingatlah mana-mana paderi Kristian di dunia ini malahan Pope mereka di Vatican pun tak dapat menjawabkan akan hakikat trinity dan mengapakah Jesus Christ perlu mati di kayu salib atas kesalahan yang bukan dilakukan oleh dirinya, tapi orang lain. Isu ini pernah didebatkan antara Paderi Jimmy Swaggart dan Encik Ahmed Deedat di University of Louisiana pada lewat 1980an dahulu dan Paderi Jimmy Swaggart sendiri tak ada jawapan untuk perkara ini walaupun dia mati-mati mahu pertahankan Bible yang kononnya tulin itu sedangkan dalam Bible King James kepercayaan Kristian Protestant telah membuang tujuh surah dari Bible Roman Katholik, begitu juga Bible Ortodoks adalah tidak sama dengan Bible Protestant dan Roman Katholik.
Begitu juga dalam Bible yang kononnya adalah gabungan Taurat dan Injil, tetapi mengapakah surat-surat dari Paulus Si Penyeleweng juga dimasukkan sebagai surah-surah dalam Bible? Apakah hak Paulus nak memasukkan surat-suratnya dalam Bible? Apakah Paulus Si Penyeleweng itu tuhan? Tetapi Al-Quran, mazhab apa pun tetap dengan surah, ayat dan perkataan yang sama. Malahan tidak ada surat-surat dari Nabi Muhammad dimasukkan ke dalam Al-Quran. Ini kerana Nabi Muhammad juga mengutuskan surat kepada para kabilah Arab dan bukan Arab untuk memeluk Islam, tetapi tidaklah memasukkan surat-suratnya ke dalam Al-Quran sebagaimana Paulus Si Penyeleweng (Mungkin juga Paulus inilah Dajjal kerana kalau Nabi Isa disebut Al-Masih Isa kerana kebenaran, tetapi Dajjal disebut Al-Masih Dajjal kerana menyamar sebagai Nabi Isa untuk menyelewengkan ajaran Nabi Isa) yang pandir-pandir memasukkan suratnya ke dalam Bible dan mengatakan ianya adalah sebahagian dari Bible. Sudah terang lagi bersuluh bahawa Islam itu benar dan ajaran yang mulakan oleh Paulus Si Penyeleweng itu memang ajaran yang sesat, dia menyesatkan ajaran Nabi Isa yang berteraskan wahyu Allah sedangkan ajaran Paulus Si Penyeleweng ini adalah ajaran sesat yang direka-reka dengan macam-macam tahyul dan kesesatan termasuklah triniti dan anak tuhan itu. Sedarlah umat Islam, kuatkan iman anda kerana yang jelas adalah Islam benar dan tiada yang benar melainkan Islam. Sekian, terima kasih.
ReplyDeletePAS kantol..........
ReplyDeleteterima kasih atas komen tuan-tuan di atas. ternyata banyak ilmu yg dpt kita kongsikan di sini berkenaan penipuan agama mereka yg sedang cuba menyesatkan saudara seagama kita
ReplyDeleteYa Allah, minta dijauhkan... kenapa begitu mudah berpaling dari islam? kadang2 nak tanya je pada mereka yg murtad.. kenapa mereka memilih utk murtad? bila saya lihat ramai golongan remaja yg murtad dan kebanyakkan mereka dalam masalah.. tak didedahkn dengan agama.. tpengaruh dgn 0rg yg mengajak mereka murtad, dan ada juga yg bselindung.. letak kt fb islam.. hakikatnya mereka dah murtad... mereka takut jika diketahui umum... pelik kan? saya rasa salah 1 sbb mgapa mereka murtad adalah kerana mereka ingin bebas.. saya rasa mgkin agama islam shj yg mlarang arak dan babi(sila betulkan jika saya salah) dan mgkin mereka mrasakan terkongkong tp mereka tak sedar.. knp ia dilarang dalam islam..mereka tak sedar.. arak itu memabukkan... blh mdorong seseorg tu mbunuh,merogol,memukul dan yg lain2 sbb itu ditegah oleh islam... dan mereka tak tahu daging babi itu terdapat virus bakteria dimana jika dimasak/dibakar mcmne skalipun kuman bakterianya takkan hapus.. subhanallah.. allah itu mguji umatnya di dunia... jika anda berpaling dari islam... anda gagal.. jika anda tetap yakin pada allah dan menjalankankan sgala suruhan dan mninggalkn larangannya... Allah akan tunaikn janji-janjinya...
ReplyDelete