Close

Sunday, May 2, 2010

wui SJKC..alahai SK

DS Najib telah menyalurkan RM 3Juta kepada sebuah sekolah SJKC di Parlimen Hulu Selangor. Walaupun peti undi di kawasan terbabit tidak memihak kepada BN namun DS Najib tetap melaksanakan janjinya untuk menyalurkan peruntukan berkenaan. Tahniah kepada penduduk di kawasan berkenaan kerana tetap kenyang walaupun anda pangkah Datuk Zaid.
Penulis sangat sedih kerana terdapat SK yang daif dan serba kekurangan dipandang sepi oleh kerajaan. Ada SK yang kurang kemudahan seperti padang, pagar, kemudahan sukan, surau dan sebagainya. Ada sekolah tidak mempunyai tiang gol. walaupun tiang gol itu bukanlah semahal mana ( tak sampai RM 1 Juta pun ). Sekolah2 ini bukannya terperosok di pendalaman pun.
Kesian kan murid2 SK. Mungkin ada lebih baik daftarkan anak kita di SJKC daripada SK.

Parent yang jeles

Wednesday, March 17, 2010

JOM HEBOH : PAS jilat ludah sendiri

Semasa Kerajaan Perak memberi kebenaran kepada TV3 untuk menganjurkan JOMHEBOH di Pengkalan TLDM Lumut tidak beberapa lama dahulu, tentunya yang paling teruk di serang ialah Mufti Perak, Tan Sri Dato Harunsani. Beliau di cemuh oleh penyokong PAS dengan bermacam-macam termasuk maki hamun melampau sehingga sebak penulis membacanya. Namun dengan takdir Allah SWT akhirnya Datuk Farid RIdwan berjaya juga membawa Jom Heboh di Kelantan. maka sesiapa yang pernah menghina Mufti perak dalam buku laman rasmi beliau harus meludah kelantai dan menjilatnya kembali.
Walaupun terdapat syarat2 yang dikenakan seperti tiada persembahan artis wanita dan pembahagian penonton mengikut kump. keluarga, lelaki dan perempuan namun penulis beranggapan malu lah PAS weh.
Penulis masih boleh berbangga kerana masih belum pernah menjejak kaki ke JOM Heboh ( dulunya SURE heboh ). Tahniah Kelantan, berbangga lah kalian dengan JOM Heboh muuuuu

Sunday, February 14, 2010

CARI MENANTU

Ibu-ibu bapak-bapak siapa yang punya anak bilang aku yang sedang tengah malu mencari kekasih hati ku

Bila Nik Aziz backing Lim

tak tau kenapa Tuan Guru berminat sangat dengan setiap pendekatan YB Lim. Terbaru Nik Aziz mengatakan di Astro Awani yang perarakan Maulidur Rasul tiada dalam fadhilat. betullah tu, memang tak ada pun tapi tak salah jika diadakan sebagai cara memperingati kelahiran tokoh terkemuka kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW. Malah perarakan ini di Malaysia sudah diadakan berdekad lamanya. Cuma yang peliknya, baru tahun ini Tuan Guru tidak berhasrat mengadakan perarakan di Kelantan. Secara tidak langsung terdapat kesinambungan dari episod pembatalan perarakan di P.Pinang oleh Lim.
pada saya, Tok Guru pun manusia juga, tak terlepas dari buat kesilapan

Saturday, February 13, 2010

lompat si katak lompat

seorang rakan penulis yang menjawat ketua pemuda PAS cawangan di perak tidak habis-habis mencemuh akan DS Najib yang dilabelkan perampas kuasa rakyat Perak. Lantas penulis bertanyakan ( membangkitkan ) kembali peristiwa 16 Sep, dia terus terdiam. Bukan kah sama kisahnya. berada di negeri yang haram pemimpinnya dan hampir tinggal di negara yang haram juga pemimpinnya ?
Seperkara yang penulis sedar ialah bertambahnya pemimpin agung pujaan beliau selain Tuan Guru Nik Aziz dan DS Anwar iaitu YB Lim Guan Eng. Rakan penulis ini bersungguh-sungguh mengagungkan Lim sebagai seorang yang bukan islam yang berhati dan berfikiran seperti penganut Islam malah lebih lagi dari orang islam. Ujarnya, Lim banyak membantu masyarakat Islam / Melayu P. Pinang yang dulunya daif semasa di bawah BN.
Konsep 1 Malaysia adalah cedokan dari idea PR tambah beliau lagi. Penulis hanya diam kerana malas hendak berdebat. Biarkan lah. Sebenarnya bukan rakan penulis sahaja yang berfikiran seperti beliau malah hampir semua kenalan penulis yang 'piau' ( perkataan Perak yang bermakna ektremis ) PAS juga berpandangan sedemikian.
Zulkifli Nordin dan Zahrin adalah ejen UMNO, pasti itu yang mereka katakan.

p/s: tahniah kepada seluruh rakyat P. Pinang kerana tak payah berarak sempena Maulidur Rasul nanti. semoga pendekatan YB Lim di sukai oleh anda

Sunday, January 31, 2010

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI ( SBT ) : murid sekolah kampung gigit jari

Satu lagi projek 'pelik' kementerian kerajaan selepas PERMATA PINTAR yang menelan belanja ratusan juta ringgit. Pelikkan apabila disuruh semua sekolah menjadikan sekolah SBT sebagai mentor? Yang kelakarnya kebanyakan sekolah SBT ini adalah sekolah berasrama penuh yang rata-rata muridnya terdiri murid yang cemerlang akedemik, kokurikulum dan sahsiahnya. Manakala sekolah harian muridnya adalah murid sekitar sekolah yang muridnya terdiri dari pelbagai latar belakang sosial.
Mengapa diberi peruntukan RM 70 ribu kepada sekolah ini sedangkan banyak sekolah kampung yang masih kurang kemudahan asas seperti pagar dan padang.
lagi satu, mengapa tiada sekolah dari Terengganu yang dipilih?

Inilah padahnya bila pendidikan di campur adukkan dengan politik. Mangsanya ialah murid sekolah kampung

Thursday, January 21, 2010

elaun staf kerajaan ditarik balik ? matilah aku ( lagi besar dari kes bakar gereja )

Pernah penulis menulis artikel berkenaan pengurangan bajet kerajaan dalam sektor pendidikan.Ada khabar angin bertiup kencang mencanang akan penarikan semula elaun sara hidup COLA yang dinikmati oleh kakitangan awam. Penulis menyarankan kepada kerajaan akan menimbang semulA idea berkenaan.
rakan penulis seorang guru mengeluh akan kehilangan beberapa elaun nya seperti BISP ( elaun mengajar mat/sains dlm BI ) berjumlah RM 190 sebulan,kelas Skim Baucer Tuisyen berjumlah RM 200 sebulan dan juga COLA RM 300 sebulan. Jika dihitungkan jumlahnya ialah RM 690 sebulan. Isteri nya juga seorang guru turut menikmati elaun berkenaan. Maka jumlah keseluruhannya ialah RM 1380 sebulan. Mengeluh panjang beliau ! Mana nak bayar ansuran rumah, kereta, pengasuh anak, sekolah anak, lampin, susu anak, minyak kereta, nak makan boleh jadi gila jadinya.
Khabarnya elaun overtime staf pihak berkuasa tempatan pun tidak dibayar. Elaun tuntutan perjalanan pun tidak lagi dibayar kerajaan.
Semua rakyat menyalahkan pembelian kapal selam.
Mengikut tafsiran penulis yang kurang cerdik ekonomi ini, jika gaji / pendapatan dikurangkan maka rakyat lebih berminat menjimatkan perbelanjaan. Maka berlaku kekurangan pengaliran wang dalam pasaran, pengeluar produk dan peniaga akan menghadapi masalah memasarkan produk mereka. Perniagaan akan bergerak perlahan, pekerja terpaksa di berhentikan untuk pengurangan kos gaji. Berlaku pertambahan bilangan penganguran dan secara tidak langsung akan meningkatkan semula kadar jenayah.
Tolong lah DS Najib..
Semua menteri kanan dan menteri besar mesti mencari seberapa banyak pelabur untuk mengalakkan semula pertumbuhan ekonomi negara.
Penulis tabik dengan MB Perak Dr Zambri kerana berjaya membawa masuk pelaburan berjumlah RM 6.12 Billion berbanding hanya 2RM 2 bilion semasa pemeritahan PR