Close

Saturday, February 13, 2010

lompat si katak lompat

seorang rakan penulis yang menjawat ketua pemuda PAS cawangan di perak tidak habis-habis mencemuh akan DS Najib yang dilabelkan perampas kuasa rakyat Perak. Lantas penulis bertanyakan ( membangkitkan ) kembali peristiwa 16 Sep, dia terus terdiam. Bukan kah sama kisahnya. berada di negeri yang haram pemimpinnya dan hampir tinggal di negara yang haram juga pemimpinnya ?
Seperkara yang penulis sedar ialah bertambahnya pemimpin agung pujaan beliau selain Tuan Guru Nik Aziz dan DS Anwar iaitu YB Lim Guan Eng. Rakan penulis ini bersungguh-sungguh mengagungkan Lim sebagai seorang yang bukan islam yang berhati dan berfikiran seperti penganut Islam malah lebih lagi dari orang islam. Ujarnya, Lim banyak membantu masyarakat Islam / Melayu P. Pinang yang dulunya daif semasa di bawah BN.
Konsep 1 Malaysia adalah cedokan dari idea PR tambah beliau lagi. Penulis hanya diam kerana malas hendak berdebat. Biarkan lah. Sebenarnya bukan rakan penulis sahaja yang berfikiran seperti beliau malah hampir semua kenalan penulis yang 'piau' ( perkataan Perak yang bermakna ektremis ) PAS juga berpandangan sedemikian.
Zulkifli Nordin dan Zahrin adalah ejen UMNO, pasti itu yang mereka katakan.

p/s: tahniah kepada seluruh rakyat P. Pinang kerana tak payah berarak sempena Maulidur Rasul nanti. semoga pendekatan YB Lim di sukai oleh anda

No comments:

Post a Comment