Assalamualaikum WBT buat semua..Selamat hari raya Aidil fitri. Maaf terlalu lama menghilang diri kerana kesibukan diri yang berganda dari dahulu menyebabkan kawan jarang melayari alam siber sambil berkongsi cerita.
Di kesempatan ini, kawan ingin mengucapkan tahniah kepada Timbalan Presiden PAS, Yg Berbahagia Mohamad Sabu di atas cita-cita beliau ingin mengubah sejarah tanah air akan hal laluan kemerdekaan dan isu insurgensi (pengganas komunis).
Pemimpin melayu beginilah yang kita cari dan kita mahu. Pemimpin yang berani, berkarisma dan berKAKILEBAR. Tentulah bekas Ketua Komunis Malaya, Chin Peng ( yang bakal mendapat gelaran TUN setelah Pakatan Rakyat berkuasa nanti ) akan tersenyum sampai ke ubun-ubun kerana melihat adanya pejuang melayu berkopiah putih yang bersungguh-sungguh membela perjuangan beliau setelah beliau dikejar ke sempadan thailand lebih 50 tahun dahulu.
Pejuang itu adalah Mohammad Sabu, seorang Melayu Islam. Bukannya Ah Chong, Lim Tat, Ah Lee, atapun sebarang orang cina yang lain kerana orang cina juga mempunyai memori hitam dek teruk disiksa pengganas komunis.
Jika arwah Tok Wan kawan hidup lagi, nescaya putuslah leher Mat Sabu dipenggal nya kerana Tok Wan kawan adalah bekas pasukan Home Guard yang sentiasa menyabung nyawa, bahkan nyawa Allahyarham kerap kali hampir melayang di penggal komunis dan beberapa kali cubaan membawa beliau lari ke hutan tidak tercapai. Oleh kerana jawatannya sebagai mandor dan rapat dengan pengurus ladang berbangsa Eropah, Tok wan sentiasa berdepan ugutan bunuh dari geng komunis di kawasan kampung. Sampaikan hampir3 hari beliau menghembuskan nafasnya yang penghabisan, arwah sempat berpencak silat ( buang tabiat ) seolah-olah sedang berlawanan dengan anggota komunis sewaktu mudanya.
Kalau diikut kan cerita arwah, semua orang kampung pada masa itu menanam beras di belakang rumah dan menyembunyikan pakaian di belakang reban ayam. Jika pengganas ( bakal di sebut perwira tidak lama lagi ) naik ke rumah, maka seisi rumah akan terjun ikut tingkap belakang melarikan diri ke dalam hutan. ( arwah sudah meninggal dunia lebih 18 tahun )
Kawan malas nak melepak di kedai kopi. Malas nak bertekak dan mendengar komen dari member-member PAS yang menyokong sejuta percent kenyataan Mat Sabu ni. Kata mereka, sewaktu pemerintahan komunis dulu, rakyat hidup aman dan sentosa, makmur dan berbahagia sehingga lah Inggeris kembali memerintah Tanah Melayu. Kata mereka lagi, ekonomi Komunis adalah adil untuk semua. Itulah kata-kata dari penyokong yang setakat sekolah sehingga darjah 6 dan tingkatan 2 sahaja.
Kawan dah tak tau nak kata apa. Salahkan pasukan polis melayu mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong di tahun 1950 dahulu ? Berdosakah pasukan home guard yang turut sama terkorban untuk membantu pasukan polis berkenaan ? Tahniah Mat Sabu..
Arwah Tok wan kawan bukan hero kemerdekaan, tapi salah seorang manusia yang berjuang mempertahankan nyawa sendiri dan keluarga dari di bunuh 'perwira' komunis. Mungkin keturunan Mat Sabu tidak segetir hidupnya di zaman komunis, tapi ramai lagi yang menjadi mangsa kerakusan komunis di Malaysia.
Tiada sedikit ruang pun boleh diberikan kepada anasir dan nafas komunis yang cuba hidupkan kembali di malaysia melalui parti politik, wakil rakyat dan ahli parlimen. Walau berkias sekali pun tidak patut diberi ruang. Segala ansir komunis walau sekecil zahrah pun mesti dikutuk sekeras-kerasnya sebelum komunis dapat mempengaruhi rakyat terutama orang melayu. Jangan sampai semuanya terlambat.....
ReplyDeleteAku setuju..walaupun yg bercakap itu org gila,pasti ada dari kalangan jutaan rakyat yg akan percaya dan terpengaruh..dan benda ini akan meluas dari semasa ke semasa..pak menteri janganlah bacul..takut nanti dah hangus baru nak disiram air..aku org UMNO,tapi kdg2 panas juga dgn sikap menteri2 ni..nak jaga undi sangat..
ReplyDelete