Sunday, September 26, 2010

TAIPING ketinggalan zaman


Nama bandar Taiping tidak perlulah diperkenalkan lagi. Semua orang tahu bandar paling banyak hujan dan bandar di mana bermulanya hampir setiap perkhidmatan di negara ini.

Sejarah yang tercipta hanya keseronokan dahulu. Taiping hari ini semakin lesu dan lesu.

Bandarnya yang kotor dan bangunannya yang buruk tidak bercat sangat merimaskan.

Taiping tidak mempunyai sebarang IPTA. Selama hari ini,warga taiping hanya berbangga dengan MRSM dan SBP Tun Azlan Shah sahaja. Zaman mantan MB Perak yang dahulu, Tan Sri Ramli Ngah Talib hanya pandai menempatkan UITM,IKBN dan Universiti Sains cawangan Perak ( kampus telah di ambil alih Universiti Petronas) di Seri iskandar iaitu kawasan DUN beliau. Selangor paling banyak IPTA.

Semua YB kawasan taiping dari zaman YB Kayveas dan sekarang YB Ngah Kor Ming hanya tau berpolitik. Pekan Kamunting tak banyak berubah,masih buruk dan kotor.kecualilah pembukaan TESCO,Giant dan yang terbarunya Econsave.
gambar dipetik dari

PM DS Najib mengumumkan akan pembukaan sebuah IPT Perubatan Francais US di Serdang (selangor lagi).

Apalah nasib orang Taiping,hanya tengok tempat lain berubah. Jalan di Taman Tasik dah lama tak berturap,berlubang sana sini.
gambar bandar dari harizzamzuri.blogspot

12 comments:

  1. Saya dengar adtech iaitu pusat latihan lanjutan baru siap dibina di Kamunting yang dibina dgn kos lebih 150juta,kolej komuniti kamunting juga akan bermula januari ini.saya juga difahamkan kolej sal london juga akan membuka cwgn di taiping begitu juga kolej politek mara juga akan dibuka di kg boyan taiping.saya juga berada di taiping pada hari raya lalu saya kurang bersetuju pendapat sdr kerana saya nampak perubahan di taiping dan kamunting.

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas komen tuan. setakat ini hanya ada kolej Adtech yang ada di Kamunting yang tidak beberapa nampak pelajarnya. Kolej Sal dan Kolej Noble adalah IPTS yng tidak banyak jumlah pelajarnya. Politek Mara setakat hari ini masih sebuah cerita. Untuk pengetahuan tuan sebidang tanah di jalan Simpang-Kuala Sepetang di rezabkan untuk pembinaan Institut Perguruan tetapi masih dalam rancangan(impian kut).
    Penulis menekan kan harusnya Daerah Taiping mempunyai kemudahan seperti ini sebagai penggalak ekonomi masyarakat setempat. Banyak manfaat yang akan kita peroleh bersama. Siapa yang bertanggungjawab membawa masuk peluang seperti ini jika tidak ahli politik. Kita sebagai rakyat bawahan hanya mampu memberi idea. Apa kurangnya Taiping.
    Jika tidak rakyat Taiping yang meminta siapa lagi. Kita mahukan IPTA yang besar disini. Jika di Daerah Jeli;Kelantan dibina Universiti malaysia Kelantan. rakyat Taiping tentunya mahukan Taiping sebagai bandar pendidikan.

    Sekali lagi terima kasih atas komen saudara terhadap artikel ini

    ReplyDelete
  3. salam,
    saudara mungkin tidak sedar, ada sebuah asrama bagi pelajar-pelajar sekolah rendah di Taiping iaitu Edu Citi-Tel Taiping. Asrama ini menempatkan seramai 120 orang pelajar dari seluruh kawasan utara. Ini adalah inisiatif dari Pihak Berkuasa Perlaksanaan Koridor Utara (NCIA)bagi membantu keluarga yang berpendapatan rendah.

    selain itu, SK Convent taiping juga, tercatat sebagai salah sebuah sekolah berprestasi tinggi di mana kedudukannya adalah antara yang terbaik di Malaysia.

    Mungkin benar kata saudara, masih belum ada lagi IPTA yang besar dibuka di Taiping, tetapi apa yg saya nampak, Taiping dan Kamunting sudah berkembang jika hendak di bandingkan dengan 10 tahun yang lalu

    ReplyDelete
  4. terima kasih pada Mas Linda kerana memberi komen berkenaan artikel ini.

    Memang kita patut berbangga dengan kejayaan SK Convent yang dipilih sebagai SBT dan sekolah kluster. berkenaan program Edu Citi-Tel,kawan sudah lama menyedari kewujudannya berikutan lokasi asrama berkenaan berhampiran dengan ofis member kawan.Tetapi apa sumbangannya apa ekonomi tempatan khususnya orang kita?

    Kawan tidak berniat menjatuh maruah bandar taiping. Tetapi sebagai anak jati taiping yang lahir di hospital taiping lama dahulu, kawan tidak mahu bandar taiping tetinggal dek arus pemodenan.

    Rata-rata penduduk bandar ini adalah berbangsa melayu seperti juga kita. Tahukah anda, daerah Manjung yang dulunya pekan koboi hampir memintas Taiping dari segi infrastuktur awam, kemudahan pendidikan,pungutan cukai dan kemudahan perniagaan yang lebih baik. JIka taiping lambat berubah,dalam masa 5-10 tahun,daerah manjung akan menjadi daerah kedua terpenting dan terbesar di Perak.

    Taiping lebih awal membangun sebelum Kuala Lumpur dan Ipoh sekitar 1800an kini terpaksa bergelut untuk mempertahankan label 'bandar warisan'. selain daripada zoo,muzium dan ISA,apa lagi yang taiping ada? Bukit Larut yang tidak terurus dengan baik mencemarkan nama taiping.

    Sebab itu kita perlukan sebuah IPTA ataupun Politeknik untuk melabelkan kembali Bandar Taiping. Memang terdapat kemajuan-kemajuan yang dapat kita tengok khususnya di kawasan kamunting,tetapi berapa lama tempoh perubahan itu berlaku?

    Terima kasih pada ATM kerana membuka banyak kem tentera di kawasan kamunting. Selain pada itu, kilang silverstone dan ....tiada apa-apa pun

    ReplyDelete
  5. yer ke semua tu..takpelah... i ni anak jati Taiping ..i lahir dlam hospital taiping.tapi i tgk hospital taiping sdg di upgrade...cantik jugak. walaupun taiping di komen sbagai bandar mundur. jgn risau i akan balik Taiping utk melaksanakan segala keluhan saudara saudari semua ttg kemunduran taiping. aah la saya baru sedar taiping mcm ketinggalan. i belajar sampai jadi akauntan tau.. so nanti i balik i usaha bukak satu ipts yg tersebar ok.. supaya ceria sikit bandar Taiping.ok tak. kalau setuju.. hye hye la saya.sazzy.

    ReplyDelete
  6. ha! saya juga ank jati Taiping.. dan skunk menetap d taiping... setelah suami kembali posting di taiping. ader perubahan yg membangun what di taiping berbanding time sy skolh 10taun yg lepas...
    kalo dulu nk tgk wayang kena turun ke Ipoh atau ke Pulau Pinang. Skunk da bole p Taiping Sentral.. Setiap mggu ader jer artis dtg ke Taiping Sentral..

    Per pon Taiping sedang membagun... sy xnafikn, bandar Taiping kelihatan uzur.. kerana banggunan lama.. (deretan kedai d bandar Taiping)tp, ditengah2 badar raya ipoh jg ader baggunan lama what??

    Masaalh kekurangan IPTS d taiping perlu diajukn pd pihak berwajib.. jgn time mengundi jer semua turun padang.. bila da menang, mahupon yg kalah.. diam menyepi trus.. kita jg perlu support Kolej Adtec dan Kolej Komuniti yg akn dibuka.. kalo ramai student mggkin akan dibina lagi IPTS d kamunting mahu pon Taiping.

    Hospital Taiping jg da diperbaharui... Jg museum Taiping.. tentang bukit larut.. sy xnafikn... ??? perlu diajukan pd MPT.
    tp, kita harus la sama2 menjaga bandar kelahiran kita.... kalo sama2 bersihkn, tidak mengotorkn bandar warisan kita.. maka bersih la ia...

    Peace Taiping With Love <3 <3 <3

    ReplyDelete
  7. Salam..maaf nk mencelah..dah namanya Taiping Bandar warisan.. mgkn itu tagline yg sesuai dgn situasi di bandar Taiping.. bandar tua dgn byk bangunan yg uzur utk diwariskan kepada warga Taiping..saya setuju Taiping perlu ada sebuah universiti, bukan sekadar kolej2 yg mcm tak pernah dengar je namanya. Adtech dan kolej komuniti pula ipt yg saya fikir xkn menyumbang byk kpd pembangunan taiping. dan lagi satu..pembangunan hartanah di kawasan taiping dan kamunting agak perlahan.kenapa ye..?mgkn kerana MPT berpandangan kita perlu kekalkan wajah tua dan usang Taiping sebagai warisan tinggalan kolonial.

    ReplyDelete
  8. pape pon i love Taiping...mungkin satu saat nnt Taiping akan membangun :)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum w.b.t,
    -Tanah asal pembinaan Tesco adalah Pejabat Agama Taiping &
    Taiping Sentral ialah Tanah Rizab untuk ATM.
    *Desas desus
    mengatakan Ahli Politik berbangsa Melayu sendiri yang menjadi
    dalangnya.
    -Hotel SSL Taiping yang berada diKamunting itu sepatutnya tidak
    boleh dibina berdekatan dengan kem ATM diatas faktor tertentu.
    -Pusat Hiburan banyak beroperasi disekitar bandar Taiping.
    *aksi ala-ala Tiger Show juga terdapat ditempat tertentu.
    -Masyarakat bukan BUMIPUTERA telah memonopoli 90% perniagaan
    dibandar Taiping, & yang selainnya ialah bangsa kita sendiri.
    -Pihak Giatmara Taiping yang terletak diKg.Boyan masih dalam
    proses rundingan untuk mendapatkan hak tanah dikawasan itu.
    Dari sumber yang sahih mengatakan tanah Rizab itu dibeli oleh
    sesorang bukan BUMIPUTERA untuk membina apartment disitu.
    *Kalau nak diikutkan, tanah disitu tidaklah sebesar mana &
    nilai jualan tanah yang dijual berjuta ringgit.

    Diharap kita sedar apa yang berlaku, memang betul kata-kata
    Hang Tuah takkan Melayu hilang didunia. Tetapi Tanah Melayu
    sendiri hilang entah kemana.

    MUNGKIN HARI INI KITA TERTAWA GEMBIRA DIATAS SEGALA KEKAYAAN
    YANG ADA,
    AKAN TIBA SUATU MASANYA NANTI PABILA KITA SUDAH TERSEDAR
    SEMUANYA SUDAH TIDAK BERGUNA LAGI...

    ReplyDelete
  10. Kelantan dikata mundur, tetapi perniagaan banyak milik melayu islam. Kamunting perak di terajui ketuanan melayu tapi orang melayu berniaga di gerai tepi jalan, pasar mlm, kaki lima. Ramai penagih dan perempit anak melayu juga. Itulah yg boleh bangga di kamunting. Penganggur tak berpelajaran pun ramai juga, dek kerana majikan kilang bangsa cina bawa masuk bangla, myanmmar , vietnam bekerja. Ketuanan melayu hampas.

    ReplyDelete
  11. Kelantan dikata mundur, tetapi perniagaan banyak milik melayu islam. Kamunting perak di terajui ketuanan melayu tapi orang melayu berniaga di gerai tepi jalan, pasar mlm, kaki lima. Ramai penagih dan perempit anak melayu juga. Itulah yg boleh bangga di kamunting. Penganggur tak berpelajaran pun ramai juga, dek kerana majikan kilang bangsa cina bawa masuk bangla, myanmmar , vietnam bekerja. Ketuanan melayu hampas.

    ReplyDelete