Close

Wednesday, August 26, 2009

nazir,imam di selangor bertambah kuasa ?

Dr. Hasan Ali boleh menarik nafas lega berikutan tindakan nya melantik dan memberi kuasa nazir,imam dan ajk masjid di seluruh masjid di Selangor menangkap peminum arak muslim yang berada di khariah masing-masing.

1. Tindakan ini pasti akan menenggelamkan konfrantasi marah-marah sayang beliau dengan YB Ronnie Liu.(mungkin pada pandangan beliau)

2. Sejauh manakah berkesannya idea ini? Mana lebih baik,mengenakan hukuman yang berat kepada penjual yang menjual arak kepada muslim atau menangkap muslim yang minum arak sambil membiarkan penjual arak tadi terlepas?

3. Beranikah imam-imam ini membuat serbuan ke pusat2 hiburan yang mungkin terdapat di dalam khairiah mereka? jangan pak imam, bahaya...nanti tak pasal2 lain yang jadi .

4. Usaha ini hanya mungkin berkesan kepada remaja2 sahaja.

5. Tindakan PAS ini berlainan sungguh dengan dasar mereka dulu ( sebelum PRU 12 ) yang mahu menutup premis kilang membuat beer dan arak. Agenda ini mungkin tidak terdapat dalam manifesto negara berkebajikan mereka tetapi penceramah-penceramah ustaz2 selalu mengingatkan pengundi di dalam ceramah tentang siapakah yang membina kilang2 beer dan arak di malaysia, lalu orang ramai terus menyahut "BN". ditanya lagi siapakah yang berdosa kerana terlibat dalam membina kilang ini,maka disahut lagi oleh orang ramai "BN". Tetapi penulis percaya hal kilang beer dan arak ini sudah tidak disebut lagi. Masing-masing mengunci mulut takut terkena batang hidung sendiri. Malah di dalam satu blog politik pembangkang,penulis dikecam kerana mengusulkan semula penutupan kilang beer dan arak ini.

p/s: dunia dah terbalik,atau kita dah terbalik. anda boleh rujuk http://dppnjohor.blogspot.com/2006/05/kilang-carlsberg.html

4 comments:

  1. ko memang pengampu barisan nuraka........

    ReplyDelete
  2. syabas saudara,diaorang memang akan tentang jika isu itu tak kena dengan diorang,tapi pakat pejam mata sambil korek idung jer kalau isu tu terkena kat muka sendiri.benci aku

    ReplyDelete
  3. pr cakap macam b**i

    ReplyDelete
  4. yb hassan ali seorang yang matang berpolitik dan seorang ulama'.beliau tahu baik buruk atas tindakan belaiu

    ReplyDelete