Close

Friday, December 31, 2010

Bertuahnya Teo Nie Ching bila AJK masjid sokong baju senamrobiknya


Pengurusan Masjid Taman Cheras Jaya berpendapat pihaknya tidak melihat adanya sebarang masalah dengan pakaian Ahli Parlimen Serdang yang menyertai program senamrobik di pekarangan rumah ibadat itu meskipun pemimpin-pemimpin Umno menyifatkan tindakan itu telah mencemari kesucian Islam.

“Kami tidak ada apa-apa masalah sama sekali dengan pakaian YB Teo,” kata pengerusi jawatankuasa Masjid Taman Cheras Jaya Azman Idris hari ini.

Dalam kenyataan yang dilihat menolak kritikan disiarkan akhbar Umno yang dibawa sejak semalam, Azman menjelaskan, menutup aurat terpakai kepada umat Islam sahaja.


“Menutup aurat terpakai hanya kepada Muslim. Jadi, isu menutup aurat tidak terpakai kepada YB Yeo,” kata beliau.

Malah kata beliau, pihaknya hanya mengadakan aktiviti itu di tempat letak kereta, bukannya dalam masjid sebagaimana dijadikan isu semata-mata.

“Saya tidak melihat ada apa-apa masalah dalam isu ini,” tambah beliau sambil menjelaskan, sesetengah wanita Islam yang menghadiri karvinal Maal Hijrah pada 12 Disember lalu juga tidak menutup aurat. Program itu diadakan sempena karnival tersebut.

“Ada yang mengenakan jeans yang ketat. Tetapi kami tiada masalah,” katanya lagi.

“Kami ada meletakkan papan tanda mengatakan sila menutup aurat. Tetapi, kami tidak menguatkuasakan kerana ia tanggungjawab individu terbabit. Kami hanya boleh menggalakkan (mereka berbuat demikian),” kata beliau.

Nampaknya peraturan yang menyuruh pengunjung masjid berpakaian menurup aurat dan mengenakan tudung kepala tidak lagi relevan di selangor. Rakyat selangor bertuah kerana memiliki pengerusi dan AJK masjid yang bersikap terbuka seperti masjid Taman Cheras Jaya ni. betapa mudahnya pengerusi jawatankuasa Masjid Taman Cheras Jaya Azman Idris mengatakan hanya orang islam sahaja tertakluk menutup aurat di perkarangan masjid manakala orang kafir tak tutup pun takpa,nak bertelanjang pun ana tak kisah.

Ingatlah, Azab Allah akan tiba kerna kamu mempermainkan rumah Allah yang suci. Kamu tunggu rakyat selangor..Ingat, jika musibah itu datang, ia tidak mengenal yang individu yang beriman ataupun sebaliknya.

3 comments:

  1. Jika majlis kamu, upacara kamu, kaum kamu, semuanya tidak salah. Jika bermain bontot, bersenggama sama sejenis, tunjuk kemaluan, telanjang depan ramai, semuanya tak salah.Wahai Azman Idris Anjing DAP, jika wakil rakyat BN yang buat macam ni, apa cakap kamu dan dewa-dewa kamu?

    ReplyDelete
  2. Apa bodoh punya lebai PAS. Lu orang memang BANGSAT la. Hipokrit.

    ReplyDelete
  3. bro bangang di atas boleh lu berdua komen pasal gambar ni:-

    http://3.bp.blogspot.com/_A2DUgFJxB9E/THmMwag6cjI/AAAAAAAACUQ/RRLY-0sEPis/s400/1rosmah.jpg

    dan ini:

    http://mukhlisahnur.blogspot.com/2010/09/non-muslim-masuk-masjid.html

    dan ini:

    http://2.bp.blogspot.com/_oKAqpxZjB5c/THnVa6OH5zI/AAAAAAAALY0/U7eNlaVAMX4/s400/Picture6.png

    DAN INI:!!!!

    http://www.youtube.com/watch?v=sOFWamqnrMU

    ReplyDelete