Close

Sunday, December 5, 2010

Rumah di Penang rm791K

Sepetang bersiar-siar di P. Pinang pada hari ini berkereta menyusuri Bayan Baru, Teluk Kumbar, Sungai Batu, Balik Pulau, Jelutung. Kawasan Georgtown sesak berikutan penganjuran CUB PRIX di kawasan Padang Kota. Mata kawan terpandang akan signboard perumahan rumah 3 tingkat di kawasan Jelutung. Mak aaaii..teres 3 tingkat harga rm791.000.Kalau maksimum rm952.000..gila. Diskaun 5 % untuk bumiputera.Kalau macam ni, cina pun tak mampu beli,melayu tambah lagi la..

Apa yang kerajaan DAP P.Pinang ingin tunjukkan..? Rakyat P. Pinang kaya raya? Duit melimpah-limpah? Ada suara yang berbunyi banyak bangsa asing seperti Jepun, Korea dan bangsa eropah saja yang dah boking..rakyat p.pinang macam mana..baik melayu umno,pas,pkr, dap( Duduk Atas Pagar)..hai......

Hanya ada satu projek perumahan 2 tingkat teres yang penulis jumpa iaitu di balik pulau tetapi patern lot mewah..nasib hangpa la orang penang,nasib baik kami duduk Taiping,makan murah,rumah pun murah

No comments:

Post a Comment