Idris Ahmad menyalahkan Najib kerana mengambil sikap berdiam diri berhubung keganasan di Syria. Idris yang melobi sakan untuk diletakkan semula sebagai calon PAS selepas dipinggir pada PRU 12 lalu kini mencari ruang sebanyak mungkin mengEXPOSE diri beliau bertanding pada PRU ke 13 nanti.
Untuk rekod Idris bertanding di DUN Changkat Jering selama beberapa pengkal tapi kalah memanjang. Pada PRU 12, kerusi DUN berkenaan di serahkan kepada PKR dan calonnya OSman Jailu menang dan kemudiannya beliau melompat ke BN sebagai calon bebas.
Untuk pengetahuan semua, PAS dah mintak balik DUN ni tapi PKR berkeras tak nak lepaskan.
Dengan selambanya, Idris mempertikaikan Najib yang tidak mahu mengambil port akan nasib rakyat Syria dengan berkata ""Hari ini kita melihat satu desakan awal rakyat Malaysia berhubung dengan keganasan yang berlaku di Syria.
"Desakan ini merupakan kebencian kita sebagai rakyat Malaysia yang mana keganasan dan pembunuhan yang dilakukan oleh kerajaan Syria di bawah rejim Presiden Bashar Al-Assad telah melanggar hak asasi manusia," jelasnya pada himpunan aman di hadapan Kedutaan Syria, di sini, petang ini sebagai membantah kekejaman rejim Presiden Syria, Bashar Al-Assad membunuh rakyatnya.
Sementara itu Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin juga mempersoalkan kenapa Najib begitu takut untuk mengeluar kenyataan mengutuk keganasan tersebut.
"Kenapa Malaysia masih berdiam diri walaupun telah beribu rakyat Syiria dibunuh tanpa sebab, adakah Najib takut akan mendapat kecaman dari pihak lain dan itu sepatutnya diperjelaskan.
"Ini adalah satu permulaan dan kita akan pastikan himpunan seperti ini akan terus berlaku pada masa akan datang, kenapa kita perlu takut untuk berhimpun kalau apa yang dilakukan di Syria jelas bersifat kejam.
"Saya hari ini mendesak agar Najib mengeluarkan kenyataan beliau samada menyokong tindakan Bashar Al-Assad itu ataupun tidak, rakyat juga ingin tahu pendirian Malaysia dalam soal tersebut," jelasnya lagi.
Biasalah, cover line lah, anak buah sokong Syria, Bos sokong Israel huhahuhahuha..
Asal ada isu, semua korang bedal..
No comments:
Post a Comment