Close

Wednesday, February 16, 2011

PRU bulan JUN 2011 ???

INi maklumat yang baru kawan terima dari member 'orang kuat politik' yang boleh di percayai.

Pilihanraya umum MUNGKIN diadakan pada bulan JUN 2011. Semua bahagian UMNO sudah pun meletakkan senarai calon bagi parlimen dan DUN. Tunggu pengesahan jer dari MB dan PM Najib.

Malah kebanyakan bahagian dan cawangan UMNO sudah diarahkan bersiap sedia menyediakan bilik gerakan untuk PRU nanti.

Situasi berkecamuk pakatan Rakyat ( PR ) dan perang berebut kerusi antara PKR dan PAS adalah satu faktor mengapa PRU akan diadakan dalam masa yang terdekat.

Sebenarnya, kawan dah diberitahu oleh member teman akan nama-nama calon untuk dipertandingkan oleh BN nanti di kawasan kawan iaitu Bukit Gantang dan Taiping dan beberaoa tempat di Perak( mungkin la,tak tau kut-kut berubah pulak nama deme ni ), tapi biar lah tuan-tuan tahu sendiri. Takut teman nak dedahkan, nanti kalau tak betul, jenuh kawan pula ke luku kepala.

No comments:

Post a Comment