Close

Sunday, January 31, 2010

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI ( SBT ) : murid sekolah kampung gigit jari

Satu lagi projek 'pelik' kementerian kerajaan selepas PERMATA PINTAR yang menelan belanja ratusan juta ringgit. Pelikkan apabila disuruh semua sekolah menjadikan sekolah SBT sebagai mentor? Yang kelakarnya kebanyakan sekolah SBT ini adalah sekolah berasrama penuh yang rata-rata muridnya terdiri murid yang cemerlang akedemik, kokurikulum dan sahsiahnya. Manakala sekolah harian muridnya adalah murid sekitar sekolah yang muridnya terdiri dari pelbagai latar belakang sosial.
Mengapa diberi peruntukan RM 70 ribu kepada sekolah ini sedangkan banyak sekolah kampung yang masih kurang kemudahan asas seperti pagar dan padang.
lagi satu, mengapa tiada sekolah dari Terengganu yang dipilih?

Inilah padahnya bila pendidikan di campur adukkan dengan politik. Mangsanya ialah murid sekolah kampung

No comments:

Post a Comment