Close

Thursday, June 11, 2009

PAS dan SIS: mula-mula diharamkan,sekarang dibincangkan..yang mana satu betul ni..?

PAS mahu tarik balik perkataan 'haramkan' SIS
Jimadie Shah Othman Jun 11, 09 1:08pm
PAS kawasan Shah Alam, yang mengusulkan supaya Sisters In Islam (SIS) disiasat dan diharamkan, menjelaskan bahawa terdapat kesilapan teknikal berhubung usul yang dikemukakan mereka.Sehubungan itu, ia akan memaklum kepada PAS pusat untuk membuang perkataan "mengharamkan" dalam usul tersebut, dan menggantikannya dengan perkataan "berbincang".Yang Dipertuanya, Khalid Samad berkata pihaknya akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara itu dan seterusnya menghantar surat memaklumkan pembetulan itu kepada PAS.Bagaimanapun beliau yang juga ahli lajnah politik PAS penggal lalu, tidak pasti sama ada pertukaran itu boleh dilakukan memandangkan muktamar telah meluluskan usul itu, Ahad lalu.Ahli parlimen Shah Alam itu berkata, usul yang dihantar kepada jawatankuasa usul parti itu "bukanlah versi terakhir, tetapi yang belum dipinda"."Usul itu datangnya daripada Dewan Muslimat kawasan. Tetapi oleh kerana kesuntukan masa dan tergesa-gesa, ia tidak dibahaskan dalam mesyuarat kawasan dan terus dihantar (kepada jawatankuasa usul pusat)," kata Khalid kepada Malaysiakini.Menurutnya lagi, PAS kawasannya mengadakan mesyuarat agung tahunannya agak lewat - dua hari sebelum tarikh akhir yang ditetapkan pada 25 April lalu. Aliran liberalMuktamar tahunan PAS ke-55 yang bersidang pada hari terakhir menerima tanpa bahas usul daripada kawasan Shah Alam itu. Usul itu berbunyi, antaranya, mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang didakwa membawa aliran Islam liberal, seterusnya mengharamkan sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam.Usul itu bagaimanapun dikritik hebat pelbagai pihak, termasuk daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin-pemimpin penting dalam Pakatan Rakyat sendiri.Khalid, yang dilihat seorang pemimpin moderat beraliran profesional PAS, berkata beliau telah dihubungi Pengurus Kanan SIS Maria Chin berhubung perkara itu."Kami setuju, pandangan mungkin berbeza, tapi perlunya perbincangan supaya wujudnya perasaan saling memahami," katanya.Reaksi HadiPresiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga mengulas mengenai kecaman SIS terhadap parti Islam itu kerana mahu kerajaan mengharamkan NGO itu.Bercakap selepas mesyuarat jawatankuasa pusat PAS di ibunegara hari ini, Beliau berkata, ahli SIS bukan ahli dalam Islam dan mereka tidak pandai bercakap dalam hal-hal agama Islam."Tidak wajar orang bukan nelayan bercakap mengenai nelayan. Sama seperti orang Somalia bercakap mengenai PAS," katanya.Abdul Hadi berkata, Ahli Parlimen PAS Dr Mariah Mahmud pernah menghadiri program SIS untuk memberi pandangan dan menegur mereka tetapi mereka tidak mendengarnya.

* sumber MalaysiaKini

1 comment:

  1. LEDs, first developed in the early 1960s, produce light
    by moving electrons through a semiconductor. The Decorative LED Lighting can be utilized in house
    lamps to set a mood, to light up areas that need better lighting, or
    just to make every day issues easier to see.
    There's a color screen option which works the same way as the light bulb but has less of a harsh glare.

    My website ... LED Wandleuchten

    ReplyDelete