Close

Sunday, May 31, 2009

Pengundi melayu Penanti tolak calon PKR

Episod pilihanraya Bukit Gantang nampaknya berulang lagi di Penanti. Buat yang kalah jangan terlalu bersedih. pada yang menang jangan terlalu gembira dengan kejayaan anda. Dan pada yang tak masuk bertanding, keputusan hari ini pasti memberi petunjuk kepada kalian.
Pada prk parlimen Bkt Gantang baru-baru ini, YB Dato Nizar Jamaluddin (PAS ) menang dengan jumlah undi 21 ribu lebih undi menewaskan Ismail Soffian ( BN )yang hanya memperolehi undi sebanyak 19 ribu lebih. Nizar menang dengan majoriti 2 ribu undi lebih.
yang ingin diceritakan di sini ialah bukannya jumlah majoriti tetapi trend pengundi dikawasan itu. Parlimen bukit gantang mengandungi 3 DUN iaitu DUN Changkat Jering, DUN Kuala Sepetang dan DUN Trong. Keputusan setiap pusat pembuangan undi kebanyakan nya memihak kepada calon BN walaupun di kawasan kubu kuat PAS seperti Bukit gantang, Jelutung, Batu 9 dan Batu 8 ( kawasan melayu ). manakala di kawasan pusat pembuangan undi Kuala Sepetang, Simpang dan Pengkalan Aur memihak kepada PAS. ketiga-tiga kawasan ini mempunyai majoriti pengundi berbangsa cina. Kawasan ini mempunyai bilangan pengundi yang paling ramai dan faktor ini yang membawa kemenangan kepada Nizar.
Kesimpulannya pengundi berbangsa melayu amnya menolak Pakatan Rakyat. Mungkin jika anda seorang penyokong PR akan marah jika membaca petikan ini tetapi ini adalah faktanya. Kalau anda kurang berpuas hati, bolehlah bertanya kepada YB Nasaruddin Isa kerana beliau yang telah mengeluarkan fakta ini.

No comments:

Post a Comment