Close

Tuesday, May 24, 2011

Pak Jabit dah jadi panglima PKR Perak.

Mungkin ramai yang dah tau, tapi kawan baru sahaja tau akan penglibatan pemegang watak Pak Jabit dalam filem Box Office Mamat Khalid dalam arena politik. Kawan baru mengetahui penglibatan Pak Jabit setelah beliau menjadi penceramah di Pasar Malam Kamunting baru-baru ini.






div>Malam ini, Pak Jabit muncul di Markas PAS Taman Kuning Sari, Taiping. Poster ceramah beliau ditampal hampir setiap pokok di kawasan Taiping.







Nampaknya, trend PAS sekarang lebih gemar mengambil golongan artis untuk menumpang populariti bagi menarik perhatian orang ramai hadir ke ceramah berkenaan. Hujung bulan lepas, Bob Lokman juga hadir memberi ceramah berdekatan dengan lokasi ceramah Pak Jabit malam ini. Intipati ceramahnya agak biasa-biasa saja dan tidak banyak mengandungi isi cuma lebih pada luahan perasaan Bob sahaja. Namun kawan sempat menjeling ke arah beg-beg plastik yang penuh berisi wang hasil derma orang ramai yang hadir ke ceramah berkenaan, ada la dalam 10 beg. Kawan percaya ini lebih dari pendapatan Bob semasa menjadi artis semasa dahulu sebelum beliau beralih ke bidang politik. Malah Bob turut berkempen agar hadirin memberi derma ke ' jalan Allah ' ini.



Berbalik pada kisah Pak Jabit tadi, rupa-rupanya beliau sudah lama aktif dalam bidang politik ini. Cuma baru sekarang beliau tampil memberi ceramah. Malah beliau turut mempunyai blognya sendiri iaitu tokperan dan facebook nickname Man Kadir.


Kepada Pak Jabit, kawan ucapkan selamat terjun ke dunia politik.

Saturday, May 21, 2011

Pelarasan subsidi tanda kematian BN semakin hampir

Sebelum memulakan bicara, kawan ingin mengucapkan jutaan takziah di atas tragedi yang menimpa Rumah Anak Yatim di Hulu Langat semalam. Roh- roh anak yatim yang tidak berdosa tidakkan di hisab oleh Allah SWT kerana rata- rata di bawah umur baligh. Semoga diberi kekuatan kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat untuk menerima qada dan qadar dari Allah ini.

Pengumuman pelarasan ( kenaikan dalam erti kata mudah ) oleh kerajaan BN berkenaan beberapa barangan keperluan utama negara seperti gula dan bahan api sangat berat diterima.

1. Pembangkang memainkan isu ini di setiap ceramah mengalahkan isu video sex pemimpin kanan pembangkang.

2. Janji penurunan harga serta merta selepas Pakatan Rakyat merampas pentadbiran negara. Rata-rata pengundi ' lalang' dan atas pagar sudah tertarik dengan janji-janji manis PR ini.

3. Bolehkah PR menurunkan setiap harga barangan keperluan setelah menaiki tahkta ? Di pentas ceramah tidak pula di nyatakan akan sumber-sumber kewangan untuk mengimbangi dan menampung semula harga yang terpaksa di subsidi di pasaran. Cukupkah hanya duit rasuah BN sahaja di gunakan untuk menampung kenaikan? Bukankah pemimpin PR juga ada yang terlibat dengan salah guna kuasa ?

4. Orang kampung tidak akan faham akan kenaikan harga komoditi di pasaran dunia, hanya yang mereka faham ialah harga gula dan petrol sudah dinaikkan Najib.

5. Kesimpulannya, Jika BN masih mahu berkuasa, sila kawal kenaikan harga barangan..jika tidak anda boleh berkemas-kemas untuk bersedia keluar dari rumah rasmi yang anda tinggal sekarang.

6. Semakin ramai orang melayu sudah tidak kisah siapa saja yang memerintah negara, bangsa mana yang jadi PM. Hanya yang mereka mahu tahu, harga barang semakin turun, gaji semakin naik.

Saturday, May 7, 2011

PR mendokong agama Islam sebagai agama rasmi ..Negara Islam ???

Kawan memang gerun dengan UTUSAN yang koner baring cecah lutut bila menyiarkan akan konspirasi penubuhan negara Kristian Malaysia. Utusan dicemuh, dimaki hamun, di ludah dan di ugut tindakan mahkamah. Utusan memperoleh sumber berita ini dari blog-blog. Yang hairannya, blog-blog berkenaan pula terlepas dari caci maki pak-pak lebai berjanggut.

Hikmah dari penyiaran berita panas ini tercungkil perkara yang tersirat dengan sendiri kalau tuan tuan perasan.

1. PAS terus mengakui akan PR hanya mendokong Islam sebagai Agama Rasmi mengikut perlembagaan. Ertinya apa ??? Cita-cita PAS yang mahu menubuhkan negara Islam Malaysia sudah tiada, habis, lunyai..tergolek dok..Jika PR menang PRU 13 nanti, undang-undang sekular BN Umno terus diguna pakai. JIka ada yang berubah pun hanyalah enakmen-enakmen kecil.

2. PAS tidak menyiasat langsung berita ini sama ada palsu ataupun tidak. Hanya berpandukan kenyataan Jeff Oii dan Lim Guan Eng sahaja, tidak mungkin dalam masa 12 jam dari laporan Utusan semalam, satu kenyataan penuh bukti siasatan sudah di publish kan dalam harakah dan Malaysiakini menepis tuduhan Utusan berkenaan.

3. PR beruntung kerana ada PAS dalam gabungan PR. Selain membekalkan kawalan keselamatan 'Unit Amal' , PAS juga supply perayu undi, penggantung poster, penjerit-penjerit semasa penamaan calon tidak kira sama ada PAS sendiri yang bertanding ataupun PKR atau DAP yang bertanding. Dedahlah apa pun, PAS akan cover.

4. Cita-cita ( ataupun sembang-sembang ) mahu menubuhkan negara Islam hanya sekadar dalam perjumpaan dalaman PAS sahaja. Semata-mata mahu memegang hati penyokong-penyokong yang beragama Islam. Jika perjumpaan berkenaan melibatkan sekali DAP dan PKR, PAS tak nak sebut pasal negara Islam ni, takut ada yang merajuk pulak.

Dah banyak kali kawan pergi ceramah-ceramah PAS ni. Kalau kesemua penceramah berkenaan adalah dari PAS dan hadirin pun majoriti orang Islam, PAS dengan kembang dadanya berteriak

" Kita mahu menubuhkan kerajaan Islam yang berdaulat dan menegakkan undang-undang Islam ( hudud ) "

Tetapi jika ada penceramah DAP dan PKR turut sama berceramah dalam majlis berkenaan, PAS tak berani pun nak sebut-sebut pasal negara Islam ni...

Untuk mengelakkan komen kawan ini sebagai fitnah, kawan sertakan sekali petikan akhbar yang tidak kurang cerita fitnahnya...

'Menjawab balas permainan Utusan Malaysia, Tuan Ibrahim menyifatkan laporan tersebut tidak logik kerana sebarang dasar negara memerlukan persetujuan majoriti dalam parlimen yang terdiri daripada ahli parlimen yang majoritinya Islam.

“Pindaan dasar negara bukan boleh dibuat dalam mesyuarat di hotel atau dalam majlis tertutup. Sebarang pindaan perlembagaan tentu akan dibincangkan di parlimen, dan kalaulah ini terjadi, apakah wakil rakyat yang majoritinya beragama Islam akan bersepakat dan bersetuju dengan pindaan tersebut?

“Sudah tentu tidak. Lebih-lebih lagi, Pakatan Rakyat sudah awal-awal lagi mengisytiharkan bahawa kita akan mendokong sepenuhnya Perlembagaan Malaysia, lebih-lebih lagi Islam sebagai agama rasmi negara,” terang beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

harakahdaily.online. klik tajuk untuk artikel penuh

Buat member-member kawan yang fanatik PAS tahap gaban...korang tak malu ker mengadap pemimpin-pemimpin BN untuk dapat sokongan anak-anak korang nak apply masuk IPG, nak dapat tender,nak mintak biasiswa, bantuan rumah mesra rakyat, nak apply masuk U, nak lulus temuduga kerja kerajaan, nak lepaskan anak masuk asrama penuh,nak posting kan anak dekat dengan rumah,,,korang tak malu ker selepas kutuk tahap tapir dan kafir lepas tu korang ngendeng-ngendeng....aku sakit hati la dengan ayat ayat korang " minta tolong cerita lain, undi cerita lain "

Monday, May 2, 2011

Bila anak negeri Serambi Mekah keluar Islam .......

Seorang anak dari negeri KELANTAN telah kembali semula kepada agama Islam sebelum ini menukar agamanya ke agama kristian. Pelajar yang berasal dari Pengkalan Chepa ini mengakui telah insaf.

Berikutan pengakuan itu, Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty memerintahkan Mohamad Fariz Ilham Mohd Zulkifli, 19, dari Pengkalan Chepa, bersembahyang jemaah di tempat pengajiannya serta melaporkan kehadiran kepada Imam masjid itu selama enam bulan, berkuat kuasa hari ini.

Mohd Fariz Ilham juga diarah melaporkan diri di Pejabat Agama Dungun setiap minggu, manakala pasport antarabangsanya diserahkan kepada mahkamah.

Abu Bakar turut membatalkan perintah menempatkan Mohd Fariz Ilham di Pusat Bimbingan Akidah Kuala Kubu Baharu di Selangor selepas berpuas hati dia mampu membaca al-Fatihah dengan baik, selain mengucap dua kalimah syahadah dan beristighfar.

Pada 24 April lalu, Mohamad Fariz dirujuk oleh keluarganya ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan selepas mengaku keluar dari Islam dan memeluk agama Kristian.

Mahkamah Tinggi Syariah kemudian mengarahkan dia ditahan reman selama seminggu selepas menerima permohonan bagi mendapatkan perintah tegahan percubaan keluar dari Islam.

Permohonan itu menyebut Mohamad Fariz, yang menggunakan nama samaran Tyrone, mula berjinak-jinak dan menghadiri upacara gereja sejak 3 Dis 2010 serta mengaku berhasrat menukar agama di luar negara.

*******************
Lidah rasmi PAS iaitu Harakah dan beberapa portal pro-pembangkang belum lagi melaporkan berita ini mungkin malu kut anak dari negeri tok guru declare murtad. Ataupun berita ini dianggap tak penting. Lebih baik fikir macam mana nak cover Anwar !!!!

Nampaknya gejala umat islam murtad dan memilih agama kristian bukan omong kosong. Rata-rata umat islam lebih berminat untuk 'didekati' kristian berbanding agama-agama lain yang diamalkan di negara ini. Ini belum lagi kebenaran penggunaan nama Allah kepada mereka.

Kawan menonton habis perkahwinan Putera William dan pasangannya Kate Middleton yang secara langsung dari Westminster Abbey Church, UK. dari mula upacara pernikahan, doa sampai khutbah oleh ketua bishop gereja berkenaan, tidak sekalipun beliau menyebut nama ALLAH. Hanya Father of God yang sering di sebut. Kawan dok tunggu jer kalau-kalau dia ada sebut.

Mungkin mazahab kristian Anglican yang diamalkan secara rasmi di UK tidak menggunakan nama ALLAH kut. Ok lah alasan tu kita terima pakai.

Berbalik pada kisah adik kita tadi yang cuba nak convert agama. Jadi apa usaha kita untuk menghalang TRAGEDI sama berulang kepada anak-anak, adik-adik dan saudara seIslam kita ? Demontrasi ?

Ulama'-ulama' PAS begitu lantang bersuara di era tahun 95 dahulu. Mereka takut akan dengan khabar angin ramai umat islam yang sudah memohon untuk convert agama. Kalau tuan-tuan masih ingat akan tour ceramah mereka pada masa itu, kononnya borang permohonan golongan mereka yang ingin keluar dari Islam setinggi 2-3 meter.

Kawan sokong mereka pada masa itu. tetapi apa sudah jadi sekarang ? sudah lupa ke dengan isu tu? bila kita dok dibuai dengan isu pakatan rakyat, model jam omega, Najib..kita terlepas soghe anak mudo kelate yang nak masuk kristian. Bahkan akhbar-akhbar mereka senyap, sunyi, sepi menutup rapat.

Ini bukan isu orang kelantan keluar agama, ini isu orang seIslam kita sudah keluar agama...dan mereka-mereka yang sudah meniup di telinga anak-anak kita akan keseronokan 'bila bersama' mereka..

Siapa yang sokong nama Allah di beri kepada mereka ? Anda pun tahu...

Sunday, May 1, 2011

Chua Soi lek dedah MCA sealiran DAP berkenaan negara Islam

Presiden MCA menerangkan tanpa bersuluh yang parti komponen BN berkenaan yang mewakili kaum cina di Malaysia itu tidak akan menerima PAS memasuki BN sekiranya PAS masih lagi bersungguh-sungguh mahu menegakkan negara Islam.

Kawan tengok hal ini dari 2 perspektif

Pertama..memang benar yang kaum-kaum kafir cina di Malaysia ni tidak mahu menerima pentadbiran Islam di Malaysia ini. Pendirian ini sama dengan DAP tetapi PAS purak-purak tak dengar atau buat-buat tak dengar. Jadi DAP pun malas nak cakap banyak kali, lantak korang lah PAS, janji bila Anuwar jadi PM esok..jangan harap undang-undang Islam boleh guna kat Malaysia ni.

Kedua..keberanian Soi Lek menghujahkan isu ini biarpun tak semua pemimpin-pemimpin dalam MCA berani untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian. Soi Lek yang tidak mahu depan cakap lain,belakang cakap lain dengan konfident nya mengumumkan ketidak sediaan MCA menerima undang-undang Islam tetapi boleh menerima PAS sebagai anggota komponen. Soi Lek lebih berpengalaman dalam isu video sex politik berbanding anuwar dulu adalah pemimpin yang berani kerana beliau tidak mahu dipersalahkan nanti oleh rakyat yang bukan beragama Islam jika benar PAS-Umno bergabung.

Kuatkah MCA sehingga berani mengeluarkan kenyataan sebegitu ?

MCA ibarat pesakit kritikal yang ada di wad ICU tetapi masih teringin nak makan KFC dan Pizza lagaknya.

Kawan memang tak sokong Soi Lek kerana kawan mahu melihat terbangunnya negara Islam dan UMNO-PAS boleh duduk semeja demi orang islam dan melayu.

klik tajuk untuk artikel sumber